Penyanyi, Raja Syahiran mendedahkan dia sebolehnya mahu menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati yang juga pengacara Uyaina Arshad secepat mungkin.
Bagaimanapun, dia dan pasangan perlu mempersiapkan diri terlebih dulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.
Memetik Harian Metro, Syahiran berkata, banyak faktor yang dilihatnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Perkahwinan bukan setakat majlis perkahwinan saja, tetapi kehidupan selepas bergelar suami juga adalah tanggungjawab besar. Ekonomi dalam situasi pandemik seperti sekarang sedikit sebanyak memang terjejas.
“Jadi, saya perlu menstabilkan dulu ekonomi saya kerana saya perlu memikirkan juga mengenai tanggungjawab dan tanggungan saya bukan saja sebagai suami, tetapi juga sebagai anak kepada ibu bapa saya.
Ads
“Jadi, saya nak siapkan fizikal, mental dan juga kewangan terlebih dahulu,” katanya.
Ditanya sama ada dia dan Uyaina sudah menetapkan tarikh perkahwinan, Syahiran memilih untuk tidak mendedahkannya.
Ads
“Kami akan umumkan nanti. Kalau boleh, secepat mungkin dan kalau diizinkan dalam tahun ini, maka kami akan melangsungkannya tahun ini,” katanya.
Syahiran juga cuba sebaik mungkin untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mahu timbul isu-isu lain selepas majlis.
“Kami nak perkahwinan kami diiringi doa yang baik-baik daripada orang ramai. Kalau boleh, kita lihat contoh perkahwinan selebriti yang berlaku dan mendapat pelbagai kecaman masyarakat.
Ads
“Jadi, kalau boleh saya tak mahu berlaku sebarang salah faham atau apa-apa isu selepas majlis,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri meluahkan rasa rindunya terhadap bayi,Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya pada Jun lalu.
Kongsi Amalina, dia memuji kekuatan dan semangat Ainul serta kedua ibu bapanya yang berhadapan dengan cabaran sedemikian.
“Saya akan merindui awak, Ainul. Ia pasti menjadi satu perjalanan yang penuh emosi. Awak sangat kuat Ainul.
“Ainul dan ibu bapanya mengalami banyak halangan dan cabaran, tetapi mereka tidak pernah berputus asa.
“Alhamdulillah Ainul kini berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak sabar untuk melihat awak bermain-main di taman permainan seperti kanak-kanak lain!
“Terima kasih masyrakat yang telah menyumbang dalam misi yang hebat ini.
“Selamat pulang ke Malaysia. Diharap Ainul dan ibu bapa dapat datang ke London sekali lagi.
“Kami semua sayangkan awak! 🥰
“P / S: Gambar ini adalah persetujuan daripada ibu bapa Ainul,” tulis Amalina.
Menerusi gamabr tersebut, dilihat Amalina sedang mengendong bayi berusia sembilan bulan itu selepas selesai menjalani pembedahan tersebut.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai.
Terdahulu, Amalina dan sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaw berjayamenjalani pembedahan ketumbuhan pada mulut Ainul yang menghidap Germ Cell Tumour.
Malah, proses pembedahan tersebut memakan masa selama lima jam bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram
Foto:IG Amalina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika segelintir selebriti memuat naik status perihal pengikut di Instagram hilang ribu-ribu secara tiba-tiba, Fazura menerusi Insta Story menyatakan pendapat sendiri.
Tuturnya, apa yang harus dirisaukan apabila kehilangan follower, ia bukanlah masalah besar.
“Semua orang sibuk bercakap mengenai jumlah follower Instagram yang turun hari ni, so pendapatnya, its okay. Ia cuma follower di Instagram. Ia bukanlah masalah besar, ia hanya follower Instagram so chill,” luahnya menerusi Insta Story di laman Instagram.
Semalam, kecoh apabila rata-rata selebriti meluahkan kesedihan apabila kehilangan ribuan pengikut di laman Instagram masing-masing.
Malah, laman Instagram Siti Nurhaliza yang sepatutnya sudah mencapai 6 juta pengikut dilihat berkurangan kepada 5.9 juta, kehilangan berpuluh ribu pengikut.
Foto – Instagram Fazura,
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tak tahu nak kata apa tentang berita ini, tetapi apa yang MH boleh katakan siapa yang tak takut dengan lipas kan?
Seorang wanita berusia 61 tahun terbabas, melanggar tangga jejantas gara-gara terkejut melihat seekor lipas di dalam keretanya.
Melalui The Star, kejadian berlaku di Singapura beberapa hari yang lalu.
Kereta Mazda merah yang dipandu oleh mangsa remuk di bahagian depan dan menyebabkan si pemandu mengalami cedera ringan. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Awam Ng Teng Fong, Singapura.
Menurut laporan dari siasatan polis, kejadian berlaku jam 7 pagi di jejantas Jurong East Central dan wanita tersebut dipercayai keseorangan dan terlalu terkejut sehinggakan hilang kawalan dan menaiki tebing jalan lalu melanggar tangga jejantas.
Anak wanita tersebut turut muncul selepas kejadian berlaku. Bagaimanapun siasatan tentang isu ini masih diteruskan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!