Pernah berlakon bersama, aktres Noorkhiriah turut melahirkan rasa sedih seterusnya menitipkan doa agar Nad Zainal, 32, segera diberikan kesembuhan.
Berkongsi di laman Instagram, Noorkhiriah, 43, memuat naik sebuah artikel yang menulis mengenai Nad yang mencontohinya sebagai pelakon berhijab.
“Nad nanti dah sihat, banyak perkara akak nak kongsi dengan Nad. Akak tak sempat kongsi apapun sebenarnya. Pada akak, semuanya secara tiba-tiba.
“Nad pakai tudung pun tiba-tiba, bila Allah nak bagi hidayah. Nad sakit pun tiba-tiba, bukan akak saja terkejut rasanya ramai yang terkejut.
“Nad rajin kemas kini Instagram, tiba-tiba akak tengok senyap. Rupanya Nad bertarung nyawa. Nad dalam ramai-ramai kenapa Nad jadikan akak contoh. Akak belum betul jalannya,” tulis Noorkhiriah di ruangan kapsyen.
Dalam entri sama, Noorkhiriah berkata dia dan Nad sempat menjalani penggambaran drama Matahari Tak Bercahaya dan memuji kemurahan hati Nad yang telah ‘menyedekahkan’ baju serta tudung yang dipakai ketika shooting kepadanya.
“Kita bekerja hanya dua hari dalam Matahari Tak Bercahaya, tapi akak selesa dengan Nad. Baju penggambaran drama itu banyak Nad bagi akak dengan tudung sekali.
“Nad baik ramai sayang. Bertali arus kawan-kawan datang ziarah Nad tadi. Akak tahu Nad kuat.
Ads
“Selepas saja berhijrah, Allah uji Nad sekuat ini. Bangun ya dik. Doakan Nad Zainal terus ya semua. Moga Allah angkat doa kalian. Terima kasih semua,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Nad dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan di Ampang, Selangor selepas dijangkiti kuman dalam paru-paru.
Ads
Tahap perkembangan kesihatan Nad juga sering dipantau pelakon Ungku Ismail Aziz yang merupakan rakan artis terdekat dengannya pada ketika ini.
Malah bapanya, Zainal Abidin berkongsi keadaan terkini setakat awal malam tadi kepada media, seterusnya meminta ramai mendoakan yang baik-baik buat anak tunggalnya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Noorkhiriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi wanita selepas bersalin, berat badan yang bertambah semasa hamil pasti menjadi suatu pengalaman yang kurang menyeronokkan. Lalu, perkongsian dari pelakon cantik, Lisa Surihani ini mungkin boleh berikan manfaat.
Nak tahu apa yang isteri kepada Yusry Abdul Halim ini lakukan? Ini dia 6 tips mudah!
1. Ambil beras herba poni atau beras khas untuk pesakit, tak kisah jenama apa sekalipun.
2. Elakkan mengambil makanan atau minuman bergula termasuk kordial, minuman bergas atau minuman yang ditambah gula. Lebih baik, cuba amal teh atau kopi tanpa gula.
3. Lakukan intermittent fasting.
4. Lakukan senaman.
5. Dapatkan tidur yang cukup.
6. Minum air putih dalam kuantiti yang banyak.
Lebih menarik, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini juga mendedahkan, berat badannya pernah naik mendadak kepada 66kg selepas bersalinkan anak keduanya, Yusof Leonne ketika berusia 4 bulan.
Bagaimanapun, selepas Yusof mencecah 1 tahun, beratnya kembali menurun kepada 53kg.
Kini anak lelakinya itu telah pun berusia 1 tahun 7 bulan, Lisa berat Lisa sudah berjaya dikurangkan sebanyak 17kg kepada 49kg.
Di ruangan sama, Lisa turut meninggalkan kata inspirasi dan semangat kepada mereka yang mengamalkan diet sihat demi usaha untuk menurunkan berat badan agar bersabar dan tidak beriya-iya menurunkan berat badan secara drastik.
Sebab paling penting, kesihatan ialah keutamaan dalam mendapatkan berat badan ideal untuk diri kita.
Agak-agak, korang boleh follow tak cara Lisa ni? Mudah je kan?
Foto: Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit terkenal, Fadzil Teh senada dengan kenyataan penerbit Datuk A.Aida yang mementingkan rupa paras berbanding bakat dalam memilih pelakon untuk membintangi naskhah terbitan rumah produksi milik mereka.
Menurut Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel, ia merupakan satu fitrah yang mana manusia secara hakikinya suka melihat sesuatu yang cantik dan indah.
“Kalau saya pun nak ambil yang cantik, yang hensem.
“Saya tak kata saya setuju dengan A.Aida tapi apa yang dia kata tu… satu dunia kot suka tengok orang yang cantik sahaja.
“Macam lakonan tu kalau dia ada sedikit asas ia boleh digilap tapi muka tak boleh digilap,” katanya secara berseloroh kepada MH.
Haji Zeel ditemui pada majlis pratonton episod 1 drama terbaharu terbitan Zeel Production, Jesnita yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.
Drama 40 episod yang menelan belanja sebanyak RM1.3 juta itu dibintangi Intan Najuwa, Nasha Aziz, Yusuf Bahrin, Malik Mccrone, Fikry Ibrahim dan Lydiawati.
Menurut Haji Zeel lagi, ‘proposal’ untuk meletakkan pelakon kurang mempunyai pakej daripada segi rupa mungkin boleh dilakukan oleh pihak penerbit, namun akhirnya keputusan akhir tetap tertakluk kepada stesen televisyen yang akan memilih barisan pelakon yang dikehendaki mereka.
“Proposal itu mungkin kita (penerbit) boleh hantar tetapi akhirnya pihak stesen tv juga yang akan pilih (barisan pelakon).
“Lagi satu, saya pun tak pernah dapat skrip daripada team penulis skrip yang mana menggambarkan pelakon utama itu yang tidak elok (kacak, cantik),” katanya lagi.
Terdahulu, kenyataan A.Aida yang mengatakan dia lebih mementingkan rupa paras daripada bakat dalam memilih pelakon, mendapat pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan pelakon sendiri yang tidak bersetuju dengannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Betty Rahmad ada berkongsi cerita detik awal percintaan bersama suaminya, Ardy Damis di laman media sosial Instagram miliknya.
Betty mendedahkan, detik awal percintaan bersama Ardy adalah ketika suaminya baru sahaja memulakan perniagaan salun rambut yang terletak di Downtown Cheras.
Pada masa sama, pelakon ini meluahkan rasa bangga dengan kejayaan suaminya yang kini sudah memiliki 6 buah cawangan salun rambut.
“Teringat masa mula-mula kita dating dulu u bawak i tengok kedai u dekat Downtown Cheras. Tapak sewa kecik je pakai khemah.
“Lepas tu business u grow & grow. And sekarang dah ada 6 outlets & office. Alhamdulillah saya akan terus doakan yang terbaik untuk kamu suamiku @ardydamis@nimrocbarbershop akan terus terbang tinggi.
Imbas kembali, Betty telah mendirikan rumah tangga bersama Ardy pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Ardy Wira, 2 tahun.
Foto: Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...