Tidak dinafikan pengacara dan usahawan, Neelofa merupakan satu nama besar dalam industri hiburan tempatan dan apa sahaja yang dilakukannya pasti mendapat perhatian ramai.
Walaupun cukup dikenali ramai, namun keperibadian ramah dan ‘humble’ yang ditunjukkan ibu kepada Muhammad Bilal itu pantas meraih perhatian netizen menerusi video yang dimuat naik Neelofa di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dilihat ramah melayan pekerja di sebuah restoran makanan segera ketika dia dan suami, PU Riz membuat pesanan secara ‘drive thru’.
Permintaan mereka dilayani dengan baik pasangan suami isteri itu apabila sempat bergambar swafoto bersama-sama dan Neelofa menulis, “McD delivery ke kereta, pakej dengan selfie” pada keterangan video tersebut.
@neelofa♬ original sound – neelofa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui Neelofa sememangnya seorang yang cukup mesra dan tidak sombong dengan peminat.
“Neelofa ni sebenarnya tak sombong pun. Baik, layan je peminat dia. Saya sempat bergambar masa di AEON baru-baru ni, depan-depan sangatlah cantik.
“Comelnya rajin melayan.
“Mestilah wajib bergambar.
“Baik Lofa, tak sombong.
“Harap adik-adik ni upload la gambar yang selfie tu, kami pun nak tengok,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.