Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, memberi amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa telah memuat naik kandungan rakaman konsert anjurannya di media sosial tanpa kebenaran.

Malah pihaknya turut difahamkan, ada yang mengenakan caj langganan dan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi sekiranya aktiviti ini masih lagi berterusan.

“Apa yang mereka buat adalah membeli tiket Wings di tempat paling hadapan dan membuat rakaman penuh. Malah, ada juga yang mengadakan sesi siaran langsung.

“Kemudian, mereka mengenakan caj langganan bulanan antara RM16 hingga RM60. Ini adalah cetak rompak alaf baru.

“Jika tidak dibendung, ia akan memberi kesan kepada industri muzik,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa RPM di Baba Nyonya House, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Menurut Eddy, tindakan sedemikian bukan sahaja membolehkan pihak tersebut mengaut keuntungan besar secara haram, sebaliknya turut menjejaskan reputasi pihak penganjur dan pemegang hak cipta rasmi.

Ads

Cetak Rompak Digital Perlu Dihentikan

Bagi menangani isu ini dengan lebih serius, RPM berhasrat membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ini bukan isu baharu. Sudah banyak konsert lain yang menjadi mangsa. Kami ingin mengadakan pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian dan mengekang masalah ini daripada terus berleluasa.

“Sebenarnya, kami boleh mengambil tindakan berdasarkan amaran di tiket yang melarang sebarang rakaman sepanjang konsert. Tetapi, buat masa ini, kami masih memberi peluang untuk mereka menurunkan video tersebut,” jelas Eddy.

Eddy turut menekankan, aktiviti haram ini mengganggu proses syarikatnya dalam menjual kandungan konsert kepada pihak berlesen, sekaligus merugikan pihak yang menjalankan perniagaan secara sah.

Ads

Terangnya lagi, beberapa konsert anjuran RPM termasuk Wings Rock Emperor turut didakwa menjadi mangsa cetak rompak digital ini.

Rakam Versi Penuh & Kenakan Caj Di Media Sosial, Penganjur Konsert Wings Beri Amaran Rakam Versi Penuh & Kenakan Caj Di Media Sosial, Penganjur Konsert Wings Beri Amaran Rakam Versi Penuh & Kenakan Caj Di Media Sosial, Penganjur Konsert Wings Beri AmaranBarangan Eksklusif Turut Dicetak Rompak!

Selain rakaman konsert, barangan eksklusif kumpulan Wings turut menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ads

Vokalis Wings, Awie, dalam pada itu turut sama meluahkan kekecewaannya apabila mendapati barangan eksklusif Wings telah dicetak rompak dan dijual secara haram.

“RPM adalah pengeluar sah barangan eksklusif Wings, tetapi masih ada pihak yang menciplak dan menjual produk tiruan.

“Ini bukan sahaja merugikan kami, tetapi juga merosakkan industri. Namun, pihak kami telah mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya.

Dengan pelbagai isu cetak rompak yang semakin berleluasa, RPM kini bersedia untuk mengambil tindakan lebih tegas bagi melindungi hak cipta serta kepentingan industri hiburan tempatan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI