Pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini telah merakam video secara diam-diam apabila mendapati anaknya, Muhammad Luth Ali sedang membaca Iqra’ di balik tirai rumahnya.

Malah, Saharul tidak menyangka bahawa anaknya yang berusia tiga tahun itu memahami sesuatu tindakan atau ajaran yang disampaikan dalam apa juga perkara.

“Mengaji belakang langsir!

“Ingat kan hari tu sy ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.

IKLAN

“Dia dengar and cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. InShaaAllah,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat comel kanak-kanak lelaki itu.

Rakam Video Diam-Diam, Saharul Ridzwan Terkejut Tengok Anak Baca Iqra’ Belakang Langsir!  Rakam Video Diam-Diam, Saharul Ridzwan Terkejut Tengok Anak Baca Iqra’ Belakang Langsir!  Rakam Video Diam-Diam, Saharul Ridzwan Terkejut Tengok Anak Baca Iqra’ Belakang Langsir!  Rakam Video Diam-Diam, Saharul Ridzwan Terkejut Tengok Anak Baca Iqra’ Belakang Langsir!  Rakam Video Diam-Diam, Saharul Ridzwan Terkejut Tengok Anak Baca Iqra’ Belakang Langsir! 

IKLAN

Terdahulu, Saharul telah berkahwin dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali dan kini Deena sedang hamil anak kedua.

Video : Instagram Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI