Berkongsi momen indah pada 1 Disember lalu, pelakon Aeril Zafrel memuat naik sepotong video yang memaparkan anak ketiganya, Ayya Soffya selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Andorra Wanita & Kanak-Kanak, Shah Alam.
Memanjatkan rasa syukur, bintang filem 7ujuh itu gembira kerana sentiasa diberi peluang untuk menemani isterinya, Wawa Zainal di wad bersalin sepanjang ketiga-tiga kelahiran anaknya.
Namun, berbeza dengan kelahiran cahaya mata ketiga ini, Aeril diberi peluang memotong sendiri tali pusat anaknya itu.
"Alhamdulillah.. sepanjang wawa bersalin ketiga-tiga anak kami, saya sentiasa ada disisi memberi kekuatan pada dia. Tapi istimewanya kali ni.
"Sy diberi peluang utk potong tali pusat baby," tulisnya sambil disertakan video saat kelahiran Ayya.
Pelakon Luqman Hafidz mendedahkan dia lebih senang untuk tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadi terutamanya perihal keluarga semenjak bergelar anak seni.
Menurut Luqman, sudah jadi kelaziman bagi dirinya, memilih untuk terus memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya sebagai anak seni.
“Saya memang jarang berkongsi mengenai hal peribadi. Segalanya bermula ketika saya berlakon di dalam filem Ola Bola dan memakai seluar pendek. Perkara tersebut secara tidak langsung menjejaskan nama baik institusi pengajian tinggi saya ketika itu.
“Bermula saat itu, saya tidak mahu timbulkan apa-apa isu yang boleh menjadi ‘peluru’ untuk menjejaskan karier saya. Jadi, saya lebih selesa bila hal keluarga, saya simpan sendiri,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, ia secara tidak langsung mengundang perasaan curiga segelintir netizen sehingga ada mendakwa rumah tangganya kini sedang bergolak.
Bercakap mengenai spekulasi tersebut, Luqman meminta orang ramai untuk menghormati ruang peribadinya dan dia akan menjelaskan sendiri mengenai perkara tersebut bila tiba waktu yang sesuai.
“Sebagai anak seni saya sedar yang kita tak dapat lari daripada sebarang spekulasi. Namun, bila tiba masanya saya sudah bersedia nanti, saya sendiri akan bagitahu.
“Setiap orang punyai pandangan masing-masing. Cuma saya harap merekajuga hormati saya. Saya tahu memang agak mustahil untuk buat semua orang faham kerana itu hakikat sebagai anak seni.
“Susah sebenarnya nak puaskan hati orang ramai ini. Sama ada saya cakap atau tidak, pasti ada yang tak puas hati juga. Lebih baik saya jaga diri saya dulu. Nak bagi kebahagiaan kepada orang lain, kita kena gembira dulu,” kongsinya.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan mini siri Astana di Pavilion, Kuala Lumpur.
Katanya lagi, dia juga akan terus pegang kepada prinsip untuk mengutamakan ketenangan diri berbanding mengikut kehendak ramai.
“Ketenangan ini datang bukan daripada orang lain. Kita kena cari sendiri ketenangan itu. Saya lebih selesa dengan cara sebegini dahulu. Saya faham tuntutan orang ramai yang artis ini harus berkongsi mengenai kehidupan mereka.
“Ada sesetengah tu perkara kecil pun dikongsikan di media sosial cuma saya bukan orang sebegitu. Susah untuk saya pecahkan mekanisme itu. Untuk menjawab persoalan orang ramai, saya perlukan masa. Bila saya dah selesa saya akan cakap,” akhirinya.
Terdahulu, Luqman mendirikan rumah tangga bersama Nurul Atiqah Mad Apandi pada tanggal 20 Mac 2020.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eva Laura yang kini baru berusia setahun.
Sekadar informasi, Astana ialah naskhah drama siri arahan Luqman yang mengangkat kisah para doktor gigi di Astana Dental.
Pelakon Jasmin Hamid memuat naik sebuah video tular yang merakamkan seorang wanita sedang solat dan menari apabila terdengar lagu diputarkan.
Jelas pendakwah di dalam rakaman tersebut, solat merupakan ruang untuk seorang hamba tertemu tuhannya dan jangan sesekali berani mempermainkan Allah.
Lalu, bintang senior itu meminta golongan muda agar terus tetapkan iman dan jelasnya jangan sesekali berhibur dengan menggunakan nama tuhan.
“Allahuakhbar.. Alhamdulillah kerana ia tidak terjadi padaku dan keluarga ku dan berikanlah HidayahMu kepada dia.
“Hati-hati anak-anak dan adik-adik sekalian.. Banyak lagi cara untuk berhibur tanpa melibatkan Ugama terutama yang berugama Islam walau dari bangsa apa sekalipun.
“Minta Allah tetapkan Iman kita dan iman keluarga kita.
“Setiap apa juga kejadian, Allah tunjukkan pada hambaNya untuk uji Iman kita.. Yang baik kita jadikan contoh dan yang buruk, kita jadikan tauladan.
“Tolong jaga aib Ibu bapa sebab bila terjadi sesuatu yang tak baik, orang keliling sering salahkan Ibubapa. Padahal ibubapa dah bagi cukup Ilmu Agama.
“Salah kita sendiri bila kurang Iman di dada dan tersalah guna teknologi yang ada .. Walau bangsa apa sekalipun, jangan kita permainkan agama.
#allahmahamelihat #teenage #muhasabahdiri,” kongsi pelakon itu.
Pelakon dan penyanyi, Janna Nick memohon maaf susulan dirinya yang menyanyi secara miming pada persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), Ahad malam.
Menurut Janna, situasi tersebut tidak disengajakan kerana tahap kesihatannya yang masih kurang baik selepas dijangkiti Influenza dua minggu lalu.
“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23.
“Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.
“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti Influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu,” jelas Janna.
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Gatal itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Pun demikian, Jannatetap komited meneruskan urusan kerja meski telah dinasihatkan untuk berehat oleh doktor.
“Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2, kerja-kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati doktor untuk berehat.
“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih @warnermusicmy sebab sama-sama usaha kembalikan suara saya. Segala kesulitan amat saya kesali,” jelasnya lagi.
Terdahulu, persembahan Janna menerusi lagu Gatal itu menerima reaksi berbelah bahagi di kalangan netizen.
Ini kerana, ada yang tertanya dan kurang bersetuju apabila dengan nyanyian secara miming dibuat apatah lagi di dalam acara muzik berpestij seperti AIM.
Sementara itu menerusi ruangan komen pada entri terbabit, ada juga peminat dan rakan selebriti memberikan kata semangat seterusnya mendoakan semoga Janna segera sembuh seperti sediakala.
Malam tadi, Janna turut memenangi kategori Video Muzik Terbaik untuk single Gatal hasilan Chuan Looi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!