Awal malam tadi, pelakon Reza Hasbi ada berkongsi dua rakaman video yang merakamkan salah faham yang berlaku di antara dirinya bersama seorang pengawal keselamatan. Kejadian dipercayai perlaku di kawasan parkir sebuah hospital.

Difahamkan, kereta pelakon berkenaan telah dibaling penghadang jalan oleh seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan pada Isnin.

Menurut Reza, kejadian tersebut berlaku berpunca dirinya yang telah meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Menyedari akan kesalahan yang telah dibuat, Reza bertindak ingin mengubah keretanya ke lokasi lain bagaimanapun dia telah dimarahi dan ditengking hingga berlaku pergaduhan.

“KEJADIAN INI BERLAKU MALAM TADI 15/7/2019 Saya harap apa yg berlaku ini boleh memberi pangajaran pada kita semua.

Ads

“Report polis sudah saya buat disbbkan selepas rakaman saya itu terhenti berlaku pergaduhkan fizikal antara saya dgn dia kerna sering kali memprovakasi saya atau mencabar kesabaran saya.

“Rakaman yg saya buat ni selepas dia membaling penghadang jalan dibelakang kereta saya…,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pada masa sama, Reza turut berkongsi foto salinan laporan polis yang telah dibuat.

Ads

Menerusi video yang dimuat naik, pelakon tersebut ada bertanya mengenai sama ada pengawal berkenaan telah memarahinya atau tidak.

Ads

Lalu, selang beberapa ketika, pengawal keselamatan terbabit dilihat tiba-tiba menengking dan menggunakan bahasa yang tidak jelas dan difahami.

“Rakaman Yang Saya Buat Selepas Dia Membaling Penghadang Jalan Di Belakang Kereta Saya,” – Apa Kes Reza Hasbi?

Malah, situasi tegang tersebut turut menarik perhatian beberapa orang awam sekitar.

Foto: Instagram Reza Hasbi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI