Hiburan

Rakan Sekelas Sharnaaz Ahmad ‘Throwback’ Zaman Susah Di Universiti – “Orang Senang Yang Tak Pilih Kawan…”

Share

Baru-baru ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad ada berkongsi foto bersama rakan sekelasnya ketika menuntut di universiti satu ketika dahulu.

Menurut Sharnaaz, foto tersebut dirakam ketika dia berusia 20 tahun.

“20 tahun. Nakal. Suka kacau orang. Kuat bodek lecturer. Fararekiy kuat cover assignments aku.

“Bagaimana diri saya ketika ini adalah hasil daripada orang yang baik hati budi di sekeliling saya,” tulisnya.

Malah, hantaran tersebut turut mendapat perhatian sahabatnya yang dikenali dengan nama Fararekiy yang turut mengenang kembali kenangan pahit manis sewaktu bergelar mahasiswa.

Menurut Fararekiy, Sharnaaz merupakan seorang sahabat yang sangat suka membantu dan tidak memilih untuk berkawan.

“Notifikasi masuk. Ingat salah tag ni. Allahu tringat zaman kami sama-sama susah, siapkan assignment, belajar sampai pagi bila nak perika dan sokong antara satu sama lain bila projek akhir walaupun tak satu kumpulan.

“Tiada duit? Dia belanja aku makan. Tiada kenderaan pergi kelas? Dia tumpangkan aku naik kereta dia. Definisi orang senang yang bantu orang susah macam aku dan tak pilih kawan.

Malah, Fararekiy turut memaklumkan Sharnaaz juga telah membantunya untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus.

“Lepas graduasi, bila dia tahu aku kerja gaji sikit sampai kena shift malam, dia maki aku.

“Korang boleh bayangkan dia maki macam mana dan paksa aku datang office dia interview dengan boss dia.

“Temu duga hanya berjalan 10 minit dan aku diterima. Kemudian, bermulalah perubahan hidup sebagai pekerja bank workers.

“Saya berada di sini hari ini bukan kerana dia selebriti tapi dia memang seroang sabahat yang baik sejak tahun 2003,” kongsinya lagi.

Hantaran tersebut dikongsikan semula oleh Sharnaaz menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad, Fararekiy

Published by
Aizam Manaf