Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mendedahkan sesuatu yang mengejutkan apabila menjadi mangsa dengki hingga disihir.

Perkara itu dimaklumkan bintang berusia 30 tahun ini menerusi satu hantaran terkini dalam bentuk video di Instagram.

Menerusi video dimuat naik, Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang difahamkan telah ditarik daripada bahagian tekaknya.

Malah, seekor bangkai katak kering juga ditemui atas bumbung kediamannya.

“Allhamdulillah, terima kasih awak. Saya tak tahu apa salah saya pada awak. Apapun ini semua ujian Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang sudah menerima tontonan lebih 300,000 itu.

Sementara itu memetik BH Online, Andee menjelaskan ia bukanlah kali pertama perkara seumpamanya berlaku.

Ads

“Ini bukan kali pertama saya kena sihir. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Jogjakarta, Indonesia.

“Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan. Dan, saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua.

“Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas Asar, petang semalam.

“Saya susah nak lelap mata serangan kali ini. Mata rasa nak tutup, tetapi tidak dapat tidur. Saya berjaga sepanjang malam dan hanya tidur pada sebelah pagi. Selera makan bertambah hingga perut menjadi buncit ,” katanya.

Ads

Penyanyi lagu Satu Peluang dan Donde itu turut mendakwa, dia menjadi mangsa dengki seorang wanita.

“Sejujurnya, saya tak mahu percaya semua ini. Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati.

“Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya.

“Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” katanya.

Ads

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkata, dia jenis tidak gemar bersosial dan banyak menghabiskan masa di rumah.

“Saya suka buat hal sendiri, tak melepak di luar atau bersosial. Saya tak tahu apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Saya anggap ini ujian Allah,” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi Insta Story Andi turut meminta diberikan ruang dan mengakui dirinya memerlukan rehat.

“Rakan Serumah Maklumkan Saya Meraung Dan Memekak Tak Ingat Dunia,” – Jumpa Paku Karat & Katak Kering, Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Foto: Instagram Andi Bernadee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI