“Rakyat Dah Mula Gelisah, Orang Seni Pun Boleh Bagi Pendapat Kan?” – Erma Fatima Ulas Pilihanraya Semenyih…

Share

Mengulas keputusan pilihanraya Semenyih yang baru berlangsung semalam, kata Erma Fatima di laman Instagramnya, apa yang berlaku menunjukkan keresahan rakyat.

Memohon maaf andai entri tersebut tidak disenangi, ulasnya, anak seni punya hak untuk turut bersuara.

Petanda KERAJAAN kena kerja keras…MENTERI tak perform kenalah di perform kan. Tk bole perform? TUKAQ…RAKYAT dah mula gelisah. Maaf..sy hanya memberi sedikit pendapat yg mungkin kurang bijak. Sekadar pendapat seorang rakyat marhain.??? jangan sentap ok. Org seni pun bole bg pendapat kannnn…”

Netizen turut bersetuju dengan kebebasan bersuara yang dilaungkan dan berharap yang baik-baik untuk Malaysia Baharu.

Rata-rata netizen setuju dengan pengarah Mok Cun ini dan berharap agar kerajaan dapat menjaga kebajikan rakyat dengan lebih baik.

Foto – Instagram Erma Fatima

Published by
Noraini Abd Wahab