Membanggakan! Rakyat Malaysia, Diana Chan membawa pulang trofi Masterchef Australia dalam acara akhir pada semalam.
Diana yang menetap di Melbourne menewaskan pesaingnya Ben Ungermann dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai A$250,000 atau sekitar RM850,000 berserta trofi selain bakal bergelar penulis tetap kolum masakan majalah Delicious.
Sepanjang musim itu, terdapat pelbagai pesaing yang sangat sengit dan hebat. Namun, Chan telah menambat hati para hakim bukan hanya dengan makanan inovatif dan sedap tetapi kemahiran memasaknya.
Selain itu, keupayaannya untuk sentiasa tenang di bawah tekanan semasa menghadapi cabaran yang sengit merupakan salah satu faktor kemenangannya.
Pada pertandingan akhir itu, antaranya penyediaannya ialah masakan melayu iaitu Red Emperor Fish on Spicy Fragrant Sambal (Ikan Merah bersama sambal pedas), iaitu resipi ibunya sendiri.
Diana mempunyai kepakaran menyediakan masakan yang dekat dengan orang Malaysia. Dia juga seorang yang sangat eksperimental dan memang berbakat. Dia juga suka menolong peserta lain di dapur.
Ibu bapanya yang juga tukang masak adalah inspirasi Diana untuk menyertai pertandingan itu.
Berusia 29 tahun, Diana yang bertugas sebagai akauntan berasal dari Johor Bahru sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Dia kemudiannya berpindah ke Australia ketika berumur 19 tahun.
Diana adalah rakyat Malaysia kedua yang memenangi MasterChef Australia, selepas Adam Liaw, yang berasal Pulau Pinang menjadi juara Musim kedua.
Sumber : thestar.com
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]