Kemelut politik yang melanda negara ketika ini cukup mengejutkan, malah rakyat menanti langkah bijak Tun Mahathir dalam merencana percaturan dalam membentuk kabinet yang baru.

Datuk Aliff Syukri tidak ketinggalan meluahkan pendapat.

Malah dia turut bertanya sama ada netizen mahukannya untuk membuat liputan dengan menemubual Tun Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai persoalan yang berlegar.

Lalu, penyanyi Bobo Di Mana ini ada bertanya apakah cara untuk melakukan hal tersebut.

“Betul ke? Ada cara tak saya nak buat live di sana? Please bantu saya.

IKLAN

“Rakyat Malaysia perlukan saya jumpa Mahathir atau Anwar untuk buat live? Moga kerisauan anda terungkai,” jelasnya di laman Facebook.

“Rakyat Malaysia Perlukan Saya Jumpa Mahathir Atau Anwar Untuk Buat Live?,” – DS Aliff Syukri

Bagaimanapun dalam ramai yang memberi reaksi, ada juga netizen yang menyarankan agar jutawan ini membantu mengurangkan beban pihak media dengan menghulurkan bantuan berbentuk makanan.

IKLAN

Selain itu, ada juga yang berikan komen dengan membiarkan sahaja media arus perdana yang melaporkan keadaan politik masa sedang meruncing ketika ini.

“Rakyat Malaysia Perlukan Saya Jumpa Mahathir Atau Anwar Untuk Buat Live?,” – DS Aliff Syukri “Rakyat Malaysia Perlukan Saya Jumpa Mahathir Atau Anwar Untuk Buat Live?,” – DS Aliff Syukri “Rakyat Malaysia Perlukan Saya Jumpa Mahathir Atau Anwar Untuk Buat Live?,” – DS Aliff Syukri

Terdahulu, ada yang menyifatkan DS Aliff Syukri disifatkan sebagai ‘wartawan nombor satu’ apabila tindakannya menemubual balu kepada arwah Abam sebelum ini.

IKLAN

Malah, tindakannya itu juga turut menerima reaksi pelbagai netizen lalu mencetuskan isu terkait.

Semalam, Aliff turut melakukan sidang media bagi memohon maaf, seterusnya mahu menjernihkan situasi yang berlaku berkaitan isu kunjungannya ke kediaman balu arwah Abam, tempoh hari.

Ikuti sidang media penuhnya di sini;

Foto : Instagram DS Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI