Setiap insan bergelar ibu pasti berasa gembira jika berjaya mendidik anak melakukan amal soleh dan begitulah yang dirasai pelakon, Rita Rudaini.
Pelakon berusia 44 tahun ini telah memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, kelihatan kedua-dua anak bintang filem Mami Jarum Junior ini sedang melakukan takbir raya di rumahnya.
Dalam pada itu, Rita turut berkata ramadan tahun ini sangat bermakna buat dirinya sekeluarga.
“Tkasih RAMADHAN…sesungguhnya RAMADHAN kali ini sgt bermakna utk kami bertiga….setiap yg jadi ada rahsia di sebaliknya…tkasih ALLAH….
“YA ALLAH,terimalah amal ibadat dan puasa kami….panjangkan lah umur kami supaya dpt kami brsua dgn RAMADHAN bulan yg penuh mulia ini lg….SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI THEAIRITS…MAAF ZAHIR DAN BATIN,” tulisnya.
Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Foto : Instagram Rita Rudaini