Memetik Awani, Arab Saudi mengumumkan tiada solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan yang akan datang ini, lapor Al Riyadh
Sebaliknya, rakyat diminta menunaikan tarawih di rumah sahaja.
“Semoga Allah SWT menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau rumah, kerana ini adalah untuk kepentingan bersama,” kata Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Abdul Latif Al Sheikh.
Sejak 19 Mac lalu, negara itu tidak lagi membenarkan solat lima waktu dan solat Jumaat dilakukan di masjid secara berjemaah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyekat penyebaran COVID-19.
Arab Saudi, yang melaksanakan perintah berkurung sejak minggu lalu, setakat ini telah mencatat 4,934 kes positif dan 65 kematian.
Jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk, yang mencatat lebih 14,000 kes positif dan lebih 100 kematian.
Angka itu dijangka mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang, memaksa langkah drastik diambil seperti menghentikan penerbangan antarabangsa dan menggantung ibadat umrah.
Sumber/Foto: Astro Awani/Arab News
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Tersilap Langkah Dalam Pertunjukkan Api
Seorang wanita Jo Robinson telah menderita apabila badannya melecur dalam kemalangan yang mengerikan ketika dalam satu pertunjukkannya dia telah tersilap langkah. Kejadian itu secara tidak sengaja telah menjadi mimpi buruk baginya.
Robinson mengalami kecederaan yang teruk di wajah, dada, tangan, paru-paru, kerongkong, hidung dan juga bebola mata selain berdepan masalah jantung.
Ketika kejadian, dia telah tersilap mengambil minyak dan bukannya minyak parafin ke dalam mulutnya. Serta merta badanya mula terbakar. Namun, sekiranya dia menggunakan minyak parafin, api tidak akan membakar dirinya dan teknik hembusan api akan menjadi.
“Saya tidak sedar apabila badan saya terbakar tetapi saya merasa sangat panas. Saya jatuhkan badan dan berguling untuk memadamkan api.”
‘Saya terbakar hanya selama tiga atau empat saat, tetapi ia sangat memeritkan dan kulit saya masih terbakar selepas itu,” jelasnya.
Justeru itu, Robinson dengan segera berlari masuk ke dalam kolam renang di kediaman rakannya sementara rakan-rakan yang melihat kejadian itu membantu menanggalkan pakaiannya yang terbakar dan cuba menenangkannya.
Sebaik sahaja dibawa ke hospital, doktor mula panik dengan pernafasan yang terganggu.Robinson juga dikatakan akan berisiko mengalami serangan jantung.
Hal itu menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan selama dua minggu oleh kerana risiko kesukaran bernafas dan bimbang berlaku jangkitan.
Dia juga sempat memuji British Airways kerana menangguh tiket penerbangannya untuk pulang sehingga dia dibenarkan keluar dari wad. Dia dirawat di Hospital Royal Victoria dan Klinik Aurora.
“ Kini saya lebih berhati-hati walaupun ketika mendekati cerek atau periuk panas,” katanya
Robinson juga dinasihatkan untuk berehat selama enam bulan. Namun, sebagai seorang pelatih dan penari tiang, ianya agak mustahil bagi dirinya.
Sumber : Daily Mail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajai & Siti Ulas Penyingkiran Iqbal Zulkefli – “Semua Harus Menerima Dan Ia Satu Hal Yang…”
Usahawan viral yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama diumumkan tersingkat dalam saingan minggu kedua program nyanyian, Big Stage 2022.
Memperolehi markah sebanyak 9.2 peratus daripada juri dan 5.56 peratus daripada penonton, Iqbal akur dengan keputusan dan rezekinya di Big Stage hanya bertahan selama sampai ke minggu kedua sahaja.
Mengulas mengenai penyingkiran Iqbal, juri tetapnya, Ajai berkata, Iqbal merupakan peserta yang tepat untuk meninggalkan pentas Big Stage 2022 bagi minggu lalu.
“Dia merupakan orang yang betul untuk meninggalkan Big Stage 2022… Bukan nak katakan dia tidak betul, tetapi itu sudah peraturannya.
“Bukan hanya pada juri semata-mata, malah orang luar pun tahu apabila mendengar (persembahan Iqbal). Dia ada atau tidak dalam pertandingan, sama sahaja sebab kita masih menjalankan tanggungjawab sebagai juri.
“Sudah-sudahlah dengan kecaman. Setiap individu perlu menjaga maruah masing-masing,” ulas Ajai.
Sementara bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia menasihatkan semua peserta yang masih tinggal untuk meneruskan persaingan secara kompetitif.
“Keputusan yang dibuat betul dan Iqbal sendiri mengakui semua ini. Semua harus menerima dan ia merupakan satu hal yang terbaik untuk semua pihak.
“Kepada semua peserta, mereka harus all out. Tiada siapa overshadow sesiapa. Sekarang ini masing-masing perlu tunjukkan kehebatan. Tiada istilah belum bersedia. Apabila berada di atas pentas, kena all out,” katanya.
Minggu ini, Aina Abdul diundang sebagai Juri Juara sementara Mas Idayu dan Datuk Seri Vida masing-masing menduduki kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen.
Setakat ini, 11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ruhainies Mohon Maaf Atas Apa Yang Terjadi, Akui Ada Beberapa Kenyataan Kurang Tepat Telah Tersebar.
Ruhainies akhirnya tampil bersuara berhubung isu ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.
Selepas mengambil langkah berdiam diri, Ruhainies memohon maaf atas apa yang berlaku namun ada perkara yang tidak tepat mengenai kejadian yang sedang hangat diperkatakan itu.
Malah, aktres itu juga berharap semua spekulasi berkaitan dihentikan dan dia akan memberi penjelasan apabila sudah bersedia kelak.
“Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform sosial media, saya dengan rendah diri ingin nyatakan di sini, ada beberapa kenyataan kurang tepat telah tersebar.
“Walaubagaimanapun saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi.
“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan daripada kekeliruan dan salah faham. Insya-Allah,” katanya.
Pada kejadian itu, Ruhainies dan Aliff ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2.00 petang Sabtu.
Kedua-dua mereka dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Syariah atas dakwaan khalwat pada tarikh yang akan ditetapkan.
Sebelum ini, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat adalah abang iparnya.
Didi bagaimanapun meminta semua pihak memberi ruang kepada isteri Aliff iaitu Bella Astillah sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.
Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi atas dakwaan berlaku curang terhadap Bella.
Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.
Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI