Penyanyi Sarah Fazny yang kini dikenali dengan single Urusan Hati meluahkan perasaan sedihnya apabila terpaksa menyambut Ramadan tanpa keluarga di sisi pada tahun ini.

Sarah yang mempunyai 15 orang adik-beradik ini mengakkui berasa kekok apabila perlu berbuka puasa dan menjalani rutin di bulan Ramadan tanpa jauh dari keriuhan adik-beradiknya yang lain.

Ads
Ads
Ads

“Sebelum Ramadan tempohari kedua ibu bapa dan adik-beradik saya yang lain pulang ke Johor kerana mereka terlibat dengan urusan kerja di sana sehingga raya nanti, sementara saya tidak dapat ikut kerana terikat dengan pelbagai aktiviti seni.

 

“Memang terasa sangat berbuka puasa tanpa mereka kerana dah biasa dengan suasana bising dan kecoh bila berkumpul sama-sama untuk berbuka puasa, malah kitorang makan saja apa adanya berbanding kalau keluarga ada memang meriah habis masa berbuka puasa tu.

 

“Saya dan keluarga memang rapat jadi memang agak kekok jugalah nak membiasakan diri tanpa mereka terutamanya tanpa mak dan ayah yang jarang sangat tak ada bersama ketika Ramadan apatah lagi raya,” katanya yang kini tinggal berdua dengan seorang lagi adiknya di Kuala Lumpur.

Mengisi masa di bulan Ramadan juga, Sarah mengambil kesempatan untuk menjalankan bisnes biskut raya yang telah diceburinya semenjak dua tahun lalu.

“Pada mulanya saya hanya buat secara suka-suka sahaja dan hanya menjamu tetamu yang datang ke rumah, namun apabila ramai yang sukakannya dan bertanya macam mana kalau mereka nak beli, ia telah mencetuskan idea untuk saya buat biskut raya untuk dijual.

 

“Bagaimanapun saya tidaklah buat dalam kuantiti yang banyak, sebaliknya mengikut kemampuan diri kerana masa saya pun agak terhad untuk memberi sepenuh perhatian kepada aktiviti ini.

 

“Tahun ini saya hanya buat tiga jenis biskut raya sahaja iaitu Tart Nenas, Samperit dan biskut sarang semut yang kebanyakannya dipesan oleh pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada kawan-kawan sendiri yang pernah rasa sebelum ini,” katanya juga aktif dengan kerja amal melibatkan golongan gelandangan pada bulan Ramadan ini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI