“Ramadan Yang Cukup Istimewa Tahun Ini Walaupun…,” – Fattah Amin

Share

Pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia bersama yang tercinta.

Menurut Fattah, sambutan puasa tahun ini sangat istimewa buat dirinya meski sedikit berbeza akibat penularan wabak Covid-19.

Selain itu, pelakon berusia 29 tahun ini memberi anggapan setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Syukur Alhamdulillah. Ramadhan yang cukup istimewa tahun ini walaupun kita semua di uji dengan Covid-19 tapi kita semua di beri kesempatan meluangkan masa yang banyak bersama keluarga.

“Solat jemaah bersama keluarga, sahur, berbuka, teraweh bersama yang mungkin selama ini kita jarang berpeluang untuk tunaikan bersama.

“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kejayaan pasti menunggu kita semua InshaAllah.

“Bagaimana dengan Ramdhan anda setakat ini?,” tanya Fattah.

Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Fattah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fazura yang kini sedang hamil 4 bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Foto: Instagram Fattah Amin

Published by
Nazar Rafiqhi