Pelakon Hisyam Hamid, tetap teguh dengan pendiriannya untuk tidak melakonkan babak-babak panas dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Menerusi drama terbaharu yang berjudul Marina, Hisyam yang membawakan watak sebagai ‘bapa ayam’ memaklumkan dia sudah pun berbincang dengan pihak produksi
tentang batas-batasnya sebagai seorang pelakon.
“Jika mengikut skrip asal, drama tersebut mempunyai banyak adegan-adegan panas. Secara peribadi, saya ada meletakkan batas sejauh mana saya boleh pergi.
“Ada babak yang perlu memakai seluar pendek dan buka baju. Jadi, bila berbincang dengan pengarah, dia pun faham bahawa kita tidak perlu melakon babak yang keterlaluan.
“Malah, saya juga sudah maklumkan kepada pihak produksi, jika mereka mahu teruskan juga babak-babak panas ini, saya bukanlah orang yang sesuai. Lebih baik ambil orang lain,” katanya kepada MH.
Pelakon asal Singapura itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran pakej terbaharu Astro One, baru-baru ini.
Jelas Hisyam lagi, segala babak-babak daring yang dipaparkan di dalam drama tersebut telah dijayakan dengan menggunakan helah kamera sahaja.
Ads
“Pengarah juga bersetuju. Kita hanya akan bermain dengan kamera trick sahaja. Jadi, saya tak perlu buka baju. Saya amat menitik beratkan hal seperti ini.
“Ambil contoh drama Andai Tiada Dia, ramai yang membandingkan dengan filem Indonesia yang babak-babaknya lebih daring dan buat penonton terbeliak mata.
“Namun, saya merasakan kita tak perlu buat babak-babak sebegitu tapi impaknya tetap sampai. Hal ini sudah pun terbukti melainkan itu yang anda mahu jual kepada penonton.
Ads
“Jika babak panas menjadi selling point, pada saya ia bukan naskah yang baik. Cerita yang bagus tidak memerlukan babak keterlaluan. Naskah itu akan menonjol dengan sendirinya. Namun, ia tetap bergantung kepada barisan pelakon dalam sesebuah drama,” katanya lagi.
Luah Rasa Syukur & Berterima Kasih
Pada masa sama, Hisyam akui bersyukur kerana pihak produksi masa kini amat menghormati hak-hak pelakon.
“Dalam 10 atau 11 tahun yang lalu, saya masih baharu. Pengarah cakap apapun, kita ikut sahaja. Mungkin pada masa itu kita takut. Namun ketika ini, kita lebih faham dan tahu hak sebagai pelakon.
Ads
“Malah, kebanyakkan pihak produksi juga faham dengan batas-batas yang kita letakkan. Kalau tak perlu, saya tak akan lakukan,” ujarnya.
Malah, Hisyam juga memaklumkan dirinya ingin menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak.
“Apa yang saya buat ini bukanlah untuk menunjukkan diri ini baik kepada masyarakat. Namun, ia lebih kepada menjadi contoh yang baik buat anak-anak.
“Saya ingin menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Mereka adalah orang pertama yang akan tahu dan lihat perkembangan saya,” akhirinya.
Selain Hisyam, drama Marina ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Remy Ishak dan Muhsin Nadzli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Setelah hampir dua dekad berlalu, pelakon Fathia Latiff mengimbau memori dan kenangan sewaktu dirinya masih di bangku sekolah menengah lagi.
Pelakon berusia 34 tahun ini turut berkongsi momen zaman remajanya itu bersama peminat menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
Nyata, Fathia sememangnya kelihatan seperti seorang pelajar yang sangat ‘sempoi’ dan bersahaja!
“Me in highschool,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen entri berkenaan.
Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa itu telah mencuri perhatian para peminatnya.
Rata-rata peminat memuji kecantikan wajah yang dimiliki oleh aktres kelahiran Pulau Pinang itu.
“cantik dari dulu kak fatiya ni,” puji salah seorang wargamaya.
“salam sayang fathia, nice memories masa highschool…the best time, kan u…,” tulis seorang netizen.
“Muka sis dulu ulat buku,” komen seorang peminat yang lain.
Sekadar informasi, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff telah dilahirkan pada tanggal 1 September 1987 dan telah memulakan karier seni lakonan sekitar tahun 2009.
Sehingga kini, Fathia sudah menceburi industri hiburan tanah air hampir 13 tahun dan mempunyai jumlah pengikut di Instagram melebihi 3 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fathia Latiff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memaklumkan anak perempuannya, Ayra Aryssa kini semakin beransur baik dan pulih setelah terkena jangkitan virus ‘Kawasaki’, beberapa minggu lalu.
Perkembangan terkini itu telah dikongsikan isteri kepada pelakon Amar Baharin menerusi hantaran di akaun media sosial Instagram miliknya.
Bagaimanapun, menurut Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli memberitahu Ayra kini hanya perlu menjalani pemantauan di bahagian jantung untuk tempoh tiga bulan akan datang.
“#BismillahiMasyaallah She’s recovering. Cuma jantung je kena monitor for 3 months lagi
“But alhamdulillah adik semakin active & showing good progress. Semoga Aryssa sentiasa dibawah lindunganNya,” tulis Amyra.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan permata hatinya itu.
“Thank u everyone mendoakan aryssa. Thank u Allah,” akhirinya menerusi entri yang sama.
Terdahulu, Amyra memaklumkan Ayra telah mengalami masalah gejala demam panas yang sangat teruk sehingga suhu badan mencecah lebih 40 darjah celcius, sekitar awal bulan April.
Sekadar informasi, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teruja bakal bergelar ayah tidak lama lagi, pelakon Nadzmi Adhwa menitip ucapan istimewa buat isteri,Ardell Aryana yang kini sedang hamil peringkat kedua (second trimester).
Kongsi Adhwa, masih banyak yang perlu dipelajari dan perjalanannya bersama Ardell masih panjang dalam kehidupan bergelar suami isteri.
“Kisah Geum Jandi dan Gu Jun Pyo. Setiap hari awak mengadu sakit , mengadu diri makin gemok.
“Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik and tak gemok pun dimata saya.
“Comey je selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijagakeberadaannya.
“Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan. Syukurilah keberadaannya dengan doa. Terus kuatlah wahai isteri ku. Aku akan sentisa ada menemanimu.
“Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahwa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu.
“Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Iloveyou to infinity @ardellaryana,” tulisnya.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.