Hiburan

“Ramai Baru Sampai, Saya Sambut Baik,” – Danish Hakim

Share

Anak sulung pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Danish Hakim akui namanya turut menjadi perhatian netizen susulan kontroversi melibatkan adiknya Marissa Dania yang dicanang kini sudah bergelar isteri kedua dan hidup bermadu dengan lelaki bernama Aslam.

Menurut Danish, bilangan orang yang menonton ruangan Instagram Stories miliknya dikatakan meningkat daripada kebiasaan.

“Saya dapat lihat ramai yang baru sampai ke sini dan saya menyambut kedatangan anda semua dengan baik,” tulisnya.

Pada masa sama, Danish turut memaklumkan dirinya tidak akan mengulas mengenai sebarang kejadian yang sedang berlaku saat ini.

“Pertama sekali, biarlah saya memperkenalkan diri, saya Danish Hakim. Sejak ramai juga yang tengah tertanya-tanya sekarang ini, tapi kita tak nak cerita panjang-panjang,” ujarnya lagi.

Dikesempatan itu juga, Danish turut membuka ruang buat sesiapa sahaja yang ingin menggunakan khidmat iklan berbayar di akaun Instagram miliknya itu.

Katanya lagi, dia juga kini baru sahaja berjinak di dalam dunia peragaan selain turut aktif menguruskan kelas mengaji Al-Quran.

Sejak semalam, nama Marissa, kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan lelaki dikenali sebagai Aslam yang juga berstatus suami orang secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Difahamkan, pernikahan tersebut berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Bukan itu sahaja, pernikahan tersebut juga dikatakan diadakan tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Berita mengenai perkahwinan itu juga turut disahkan oleh kakak kepada isteri pertama Aslam, Misya Mazlan iaitu Nadiah Mazlan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Danish Hakim

Published by
Aizam Manaf