Penyanyi Ernie Zakri yang baru sahaja dinobatkan sebagai penerima trofi bagi kategori Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menzahirkan rasa syukur atas kemenangan yang diterimanya, malam Ahad.
Dia pada masa sama turut mendedahkan maksud tersirat mengenai persalinan yang dikenakan ketika membuat persembahan menerusi lagu Ciptaan Sharon Paul dan dirinya sendiri itu selain menitipkan ucapan buat skuad cantiknya di AJL35.
“Syukur alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT. MasyaAllah, malam semalam adalah malam yang tidak saya jangkakan. Namun, rezeki Allah SWT itu tiba semalam. Alhamdulillah.
“Ramai yang bertanya tentang baju ini. Banyak yang sebut sebut, banyak juga kata kata mencuit hati saya. Ya, baju ini saya “pay homage” to Allahyarhamah Rokayah binti Abdullah, nenek saya.
“Berasal dari Melaka, gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun 50-an. Tentu ada sebab dan kisah disebalik baju baju yang saya peragakan. Banyak cerita yang saya sampaikan pada @amaze_official_, dan sekali lagi mereka berjaya menyampaikan “jiwa” lagu ini. Nak baca kisah indah, tengok IG Amazè ya.
“Make up saya semestinya dari @sahirsabri dan my hijab stylist @nazlivingastyle . THANK YOU BEAUTY TEAM,” tulisnya.
Sementara itu, Ernie turut menjelaskan masih banyak yang perlu dipelajarinya dalam nyanyian selain turut memberikan ucapan terima kasih buat semua terlibat, termasuk paea peminat.
“Terima kasih @tv3malaysia , my sister @sharonpaul_msia , @rocketfuelent team yang sentiasa berada bersama saya, my manager @aqilahmaria_ , keluarga saya yang memberi kekuatan, dan @syamel_official yang memberi dorongan untuk saya mempersembahkan apa yang anda lihat semalam. @aubrey_suwito dan semua para musicians, terima kasih tidak terhingga.
“Sejujurnya, saya masih harus banyak belajar. Terlalu banyak. Kemenangan rakan rakan menjadi inspirasi saya untuk menjadi lebih baik. Terima kasih buat doa doa semua. Doa anda lah sumber kekuatan saya.
Ads
“Maaf jika ada kekurangan, terima kasih atas segala pujian. Tahniah buat semua finalis! Anda memang HEBAT! #AJL35,” tulisnya lagi.
Dengan kemenangan tersebut, Ernie membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM12,000 beserta trofi.
Terdahulu, Gila yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara utama AJL35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam itu.
Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Ads
Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam daripada Aina Abdul, ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berkenaan yang sekali gus membawa pulang wang tunai RM35,000 beserta trofi kemenangan.
Menduduki tempat ketiga ialah lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Belenggu Rindu. Lagu tersebut disampaikan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi trofi bersama wang tunai RM20,000.
Sementara kategori persembahan terbaik hasil undian penonton yang menawarkan ganjaran trofi dan wang tunai RM10,000 beserta baucer setahun McDonald’s pula disandang Zizi Kirana menerusi lagu Eh.
Foto: Instagram Ernie Zakri, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Izreen Azminda yang kini sedang hamil anak ketiga memberitahu dirinya ada mengalami masalah sistem penghadaman.
Malah dia turut berkongsikan mengenai perkembangan dirinya.
Sementara itu, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam yang kini sedang hamil 4 bulan mendedahkan, dia melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut.
“Tb masa 3 bulan.. masa ni kira badan okay2 lagi.. skarang dah kembang semangkuk.. risau kadang2 kaki bengkak surut bengkak surut.. jgn dok buat pasai .. sapa ada masalah sistem penghadaman habaq mai sat..
“sbb apa.. kami mmg cukup susah nk membuang.. minum vitagen tak jalan.. makan buah pun tak lut..
“kena minum nescafe baru okay.. haish tp risau la jugak sbb nescafe kan tak elok.. ada apa2 petua lagi ka ampa.. pening dah kami,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Risteena Munim ada memberi pujian kepada pelakon yang semakin dikenali ramai, Wafariena yang memegang watak Nurul Ain menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2.
Kongsi Risteena, dia menyifatkan pelakon tersebut sangat berbakat sebagai bintang yang memegang watak antagonis.
Selain itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini pernah memaklumkan berkerjasama dengan Wafariena menerusi sebuah telefilem.
“Selfie satu dengan Nurul Ain yang tengah dikecam ramai ni disebabkan watak dia. Maknanya lakonan menjadi.
“Honestly saya tak sempat untuk tengok drama tu, even drama sendiri pun kadang2 tak sempat tengok But trust me, she’s a nice girl. Dia bukan Nurul Ain yang korang cakapkan tu.
“Kami pernah shooting sama2 dalam telemovie Rinding, tapi tak ada scene sekali. So tak berjumpa pun. Baru2 ni terjumpa untuk photoshoot,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini mendoakan agar Wafariena sukses dalam karier lakonan.
“I just wanna wish all the best in your career @wafarienaroslan Semoga berjaya dunia akhirat. Amin 🙂 See you soon!,” tulisnya lagi.
Drama rantaian yang telah mencipta fenomena ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Kazar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Instafamous, Sharifah Rose ada memuat naik gambar terbarunya di laman Twitter ketika menghadiri sebuah program di Singapura.
Gambar tersebut memaparkan Rose sedang bergambar di banner utama program berkenaan.
Namun, gambar tersebut menjadi perhatian netizen apabila Rose dilihat telah menutup muka penyanyi, Ismail Izzani yang juga merupakan bekas teman lelakinya yang terpampang di banner berkenaan dengan ‘stiker’ hati.