Tidak dinafikan, kebanyakan perkongsian usahawan dan blogger, Cik Epal di media sosial kerap kali mengundang kontroversi.

Malah, wanita ini juga gemar berkongsi harga setiap barangan yang dibeli, termasuk menghadiahian kereta mewah buat suami sempena hari jadinya.

Terbaru, menerusi Insta Stories, akibat malas mengambil stroller di rumah, suamnya, Jofliam telah membeli stroller baru dengan harga lebih RM3000.

Tu dia Papa Han, dia punya pemalas nak ambil stroller kat rumah, dia boleh beli stroller baru. Ya Allah, berapa U beli tadi?

“RM3273.

Ads

“RM3000? RM3200? Ya Allah,” antara perbualan suami isteri itu.

“Ramai DM Suruh Share Harga,” – Instafamous Cik Epal Kongsi Perihal Suami Beli Stroller Baru, Dedah Resit Hotel Ribuan Ringgit

Malah, ibu kepada dua orang anak ini turut berkongsi resit hotel tempat mereka sekeluarga menginap ketika berada di Terengganu.

Ads

“Ramai DM suruh share harga resort aku duduk dekat Terengganu ni sebab bila survey harga lain2. Memang harga lain2 pon ikut time.

“First day aku check in bayar RM1937. Next day aku extend. Duduk bilik yang sama bayar RM1356. Kalau aku extend lagi, akan dapat diskaun lagi. Memang beza harga setiap hari.

“Tapi cantik view dekat sini. Staff pon friendly. Bilik pon cantik sampai Han pon cakap “wow cantik nya”.Tak percaya? Slide tepi tengok video.

Ads

“If agak2 korang tengah stress nak menghadap laut or memang nak bercuti boleh lah try duduk sini. Cuma jangan terkejut je lah tiberrr ada kompang berbunyi pagi2. Haha.,” kongsi Cik Epal.

Bagaimanapun, perkongsian ini diharap dapat dilihat dari sudut positif, sebagai pembakar semangat buat netizen agar lebih berusaha dalam meningkatkan taraf ekonomi.

Foto : Instagram Cik Epal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI