“Saya InsyaAllah Masih Tahu Malu Pada Umur,” – Dituduh Pakai Baju Ketat, Bonda Rozita Jawab Tuduhan

Share

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim akui kecewa dengan komen segelintir netizen yang mengecam pemakaiannya sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa bersama para pekerjanya, baru-baru ini.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan di Instagram pada Khamis, ada segelintir netizen mendakwa busana yang digayakan oleh Rozita kelihatan agak ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Enggan isu tersebut berpanjangan, ibu kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri itu telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan keadaan sebenar buasanya itu.

Jelas Rozita, dia menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu tuduhan yang tidak berasas dan sengaja ingin mencipta sensasi.

“Baju ni longgar. Jangan keruhkan dan fitnah saya pakai ketat sebab gambar saya pos malam tadi dengan anak bongsu tu.

“Sebab ada yang komen kata saya pakai ketat. Ni saya tunjuk videonya. Menjelaskan keadaan,” tulisnya.

Katanya lagi, dia juga masih mempunyai perasaan malu untuk memakai pakaian yang mencolok mata.

“InsyaAllah saya ada ramai guru agama saya buat rujukan. Saya insyaAllah masih tahu malu pada umur.

“Penat nak menjawab. Kesihatan aman itu adalah nikmat termahal. Kalau cantik adalah ujian berat tentang hati. Masuk 60 tahun tu hujung-hujung usia,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berpandangan yang sama selain turut meminta Rozita supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

“Saya nampak bonda pakai pun tahu dah baju tu tak ketat dan longgar. Kurusnya bonda.

“Tak tahulah tang mana orang cakap ketat tu, bagi saya ok je bonda. Tahulah bonda tu nak jaga penampilan dia. Ada-ada je netizen ni. Makin muda ada lah bonda.

“Cantik. Makin slim. Baju pon sesuai ja. Tak ketat. Okay ja semua.

“Cantiknya puan. Nampak berseri kalah orang muda.

“Senang sungguh judge orang. Nurtizen memang begitu Bonda,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sehingga kini video yang dikongsikan itu telah pun meraih hamipr 400,000 jumlah tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Ihsan Foto: Instagram Bonda   Rozita Ibrahim

Published by
Aizam Manaf