
Pelakon filem Pisau Cukur dan Kil, Redza Minhat pula ada memberikan respon mengenai isu mabuk menerusi akaun Twitter miliknya.
“ramai je orang dekat drama tv yang korang puja tu kaki mabuk. chill la.”- Tulisnya
Lalu status yang dikongsi Redza telah menarik perhatian netizen bagi memberi pendapat dan sebagainya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Redza. Bagaimanapun, apa yang diakui salah tetap salah.
Apa-apa pun semua orang mempunyai pendapat yang tersendiri dan kita haruslah berfikiran positif selalu.
Foto : Twitter Redza Minhat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Tangan Tu Pegang Mana?,”- Netizen Persoal Lakonan Sefik Khair Ketika Shooting Bersama Datin Diana Danialle. Apa Kes Pula Ni?

Sebagai seorang pelakon, pastinya mereka akan mendalami setiap watak yang dibawa.
Begitulah yang dialami pelakon baru, Sefik Khair ketika bergandingan dengan pelakon Datin Diana Danialle untuk sebuah drama Mencari Maradhatillah.
Namun lain pula jadinya apabila ada yang lebih ‘gemar’ memberi tumpuan kepada pergerakan tangan Sefik yang dianggap seolah-olah meraba tubuh badan Diana.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Video tersebut memaparkan aksi mereka berdua melakonkan watak dengan penuh emosi dalam satu babak untuk drama tersebut.
Bagaimanapun, netizen telah melontarkan pendapat masing-masing mengenai video tersebut.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji lakonan mantap mereka berdua yang penuh dengan emosi.
Nyata, bergelar pelakon ini bukan mudah seperti yang disangkakan. Mereka perlu bermain dengan emosi dan ekspresi muka bagi ‘menghidupkan’ setiap watak.
Video: Instagram Diana Danialle, Safik Khair
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bintang Drama Muzikal Glee, Naya Rivera Dilapor Hilang Di Tasik, Anak Berusia 4 Tahun Berseorangan Di Dalam Bot

Pelakon yang mulai dikenali menerusi siri muzikal Glee, Naya Rivera dikhuatiri lemas selepas pihak berkuasa menemui anaknya, Josey Hollis Dorsey berseorangan dalam sebuah bot yang disewa pelakon berkenaan.
Kejadian berlaku di Tasik Piru, selatan California pada Rabu, ketika dia dan anaknya difahamkan berlibur di destinasi berkenaan.
Sementa itu, media antarahangsa turut memaklumkan, Rivera dikatakan telah menyewa bot tersebut kira-kira jam 1.00 petang, waktu tempatan sebelum sebuah penumpang bot lain mendapati, salah seorang penumpangnya, (Rivera) didapati tiada di dalam bot terbabit.
Lalu operasi pencarian diteruskan di kawasan berkenaan dan sekitar kawasan terlibat juga dilaporkan telah ditutup.
Serentak dengan itu, entri terbarunya di Instagram yang merakamkan aksi Rivera mencium si anak yang baru berusia empat tahun mulai dibanjiiri dengan pelbagai ucapan dari wargamaya.
Rata-rata memberikan coretan positif selain mengharapkan agar bintang berkenaan ditemui dalam keadaan baik, seterusnya kembali bersama anaknya itu.
Untuk rekod, bintang asal California, Amerika Syarikat itu pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor Ryan Dorsey pada tahun 2014 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki.
Mereka kemudiannya berpisah kira-kira dua tahun lalu.
Sumber : CBS, Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Selalu Berdoa Ia Bukan Kanser,” – Ketulan Dalam Perut Dah Cecah 6cm, Isteri Fad Bocey Jalani Pembedahan

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang ditolak di atas kerusi roda nyata menimbulkan kerisauan di hati para peminat.
Malah, Fad juga turut memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar isterinya itu sentiasa dilindungi dan diberikan kesembuhan.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Syaheera memaklumkan dia sebenarnya sudah kerap kali keluar masuk hospital disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.
Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata ini lagi, dia sebenarnya mengalami rasa sakit yang agak teruk di bahagian perut dan selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati terdapat ketulan di bahagian tersebut.
“Banyak yang dm sakit apa pula kali ini. Mesti pelik kan Sya dan penyakit berpisah tiada. Haritu baru warded. Ni warded lagi. Ceritanya adalah yang haritu warded tu sebab memang attack dalam perut.
“Sakit yang saya cuba untuk hadam dan tahan. Lagi power dari sakit nak bersalin tu. Any painkiller pun tak jalan. Maknanya serah diri juga dan saya buat ct scan. Jadi doktor sahkan ada jangkitan dan cyst saiz 2cm,” tulisnya.
Jelasnya lagi, dia menjadi bertambah risau apabila saiz ketulan tersebut telah membesar sehingga 4cm.
“Dimana saya tak perlu risau pun tapi bila dah discharge sakit tu datang kembali tanpa dijemput. Tetap sakit yang kuat sangat.
“Bila check lagi dengan Dr. Norleen, cyst tu jadi 4cm. Eh dia makan apa ya membesar bagai juara,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Syaheera mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kerana bimbang sekiranya keadaan ketulan tersebut semakin melarat sehingga boleh menyebab kanser.
“Jadi, bila kita putuskan untuk last check up, tahu tak jadi apa? Cyst tu dah bersaiz 6cm. Takkan nak tunggu besar baru nak remove dan tanpa cakap banyak, saya bersedia untuk serah diri.
“Cyst ni paling risau kalau dia pecah dan rupanya cyst tu kanser memang sangat bahaya sebab boleh merebak. Saya selalu berdoa yang ia bukan kanser. Inilah sebab saya di sini. Sesiapa yang ada cyst, tolong jangan ambil mudah. Check betul-betul,” akhirinya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fad itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan lancar.
Sekadar informasi, Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan sudah dikurniakan empat cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syaheera Rahman & Fad Bocey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI