“Ramai Kat Instagram Ni Suka Caci Orang Pasal Agama, Tapi Diri Dan Orang Terdekat Tak Terjaga,” – Tunang Ayda Jebat, Nabil Mahir Kesal Sebab…

Share

Pengacara dan usahawan, Nabil Mahir meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pengguna media sosial yang gemar menggunakan agama untuk mencaci orang lain meski diri sendiri belum pun tentu sempurna.

Malah, tunang kepada Ayda Jebat itu turut menempelak mereka yang sanggup membuat akaun palsu demi menghentam orang lain.

“Ramai kat Instagram ni suka caci orang pasal agama tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar ramai yang sampai sanggup buat fake account sekadar nak kutuk maki. Best ke?

“Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin,” tulisnya pada satu posting video pendek yang dikongsi Nabil di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi termasuk Ayda.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu.

Published by
MH