Ramai Kata Nampak Seri Ibu Hamil, Tapi Ada Peminat Tanya… “Tak Nampak Pun Perut Awak”, Ini Jawapan Tuan Badan!

Share

Anggun mengenakan persalinan rona hitam, penampilan ‘ootd’ dari pelakon dan penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini cukup mencuri perhatian.

Apatah lagi, ibu kepada seorang cahaya mata yang juga isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini baru sahaja mendedahkan dirinya sedang hamil anak kedua mereka.

Bagai seri ibu mengandung, ada peminat yang meninggalkan komen teruja apabila terlihat seolah-olah ‘baby bump’ makin kelihatan.

Bagaimanapun, ada juga peminat yang memberi reaksi sebaliknya.

“Tak nampak pun peyut (perut) awak…,” tanya seorang pengguna Instagram dan ini jawapan dari tuan punya badan;

“Sebab baju tu longgar dan warn hitam saya rasa.”

Terdahulu, Bella sebelum ini ada memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali berlaku insiden kurang manis melibatkan rumah tangga mereka.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden yang kini mencecah usia tiga tahun.

Bagaimanapun bulan lalu, Bella mendedahkan dia sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan Aliff dan kini sedang hamil anak kedua.

Foto: Instagram Bella Astillah

Published by
MH