Program realiti nyanyian Big Stage 2022 musim keempat yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan 12 peserta berentap di konsert minggu pertama, semalam.
Kemunculan penyanyi Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta program berkenaan nyata telah mencuri perhatian ramai.
Pelakon dan usahawan Fizo Omar misalnya, menyifatkan kemunculan penyanyi lagu Hujan itu di pentas program tersebut satu langkah strategi pemasaran yang baik oleh Astro selaku penganjur.
“The arts of marketing. Ramai yg kecam dan kritik tentang gimik yg berlaku smlm di #bigstage2022 bila munculnya peserta yg ke 12.
“Kebetulan pula smlm ada masa utk tgk tv n layan big stage.i reserved my comment la utk peserta yg ke 12 n pemilihan juri presiden netizen tu.
“From the eye of marketing people, as long as we can ride on the wave, the current issue n controversy panas. Its a good strategy to get attention from the audiens.
“Marketing its all about the get people’s attention.so for me kira berjaya lah apa yg dibuat oleh pihak astro,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar turut memberikan pendapat terhadap gandingan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos rancangan.
Tambahnya lagi, gandingan kedua-dua figura ini sangat serasi bersama dan tampak profesional mengendalikan rancangan hiburan yang berskala besar.
“Btw abe joe suka dgn gandingan the 2 talented host @alifsatar and @sherry_alhadad , the are so profesional to handle the show! BRAVO. Ape pula pandangan korang?,” tulisnya lagi menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fizo Omar