Ramai Masih Pertikai Pemilihan Ali? Achey Minta Nilai Persembahan Kerana Bakat Bukan ‘Emosi’

Share

Pelawak dan penyanyi, Achey akui kumpulannya, Cili sedikit sebanyak terkena tempias susulan isu hangat yang pernah melanda salah seorang anggotanya, Ali Puteh.

Tidak mahu menoleh ke belakang, Achey bagaimanapun mendedahkan mungkin para penonton tidak akan dapat mengamati sesebuah persembahan itu sekiranya perasaan mereka ditutupi rasa tidak puas hati.

“Bila kita mahu menonton sesebuah hiburan tetapi meletakkan perasaan benci terhadap seseorang individu itu, kita tidak akan dapat hiburan itu. Persembahankan itu tidak dapat diamati kerana ditutupi perasaan tersebut.

“Perasaan dan bakat merupakan satu benda yang berlainan. Kalau kita tengok seseorang itu melalui bakatnya kita akan ketepikan perasaan suka atau tidak.

“Namun, kalau baru je tengok dan terus kata tak suka, kita akan lupa pada bakatnya,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Achey turut berpendirian bahawa pemilihan Ali di dalam kumpulannya adalah keputusan yang tepat.

“Bila orang tanya kenapa masukkan Ali, jawapan saya mudah kerana bakat yang dia ada. Bukan kerana apa yang dia lalui dalam kehidupan. Niat kena betulkan.

“Memang benar masyarakat kini semakin bijak menilai lawak tapi janganlah meletakkan hiburan dan perasaan di aras yang sama. Itu yang membuatkan kami pening.

“Kalau saya jadi penonton, saya pun boleh cakap yang saya tak suka orang ini atau orang itu. Namun, jika persembahannya outstanding tetapi saya tak suka orang itu, saya tetap akan hormati kerana bakat yang dia miliki.

“Ramai yang pergi ke emosi dahulu sebelum menilai sesebuah jenaka. Tak seronoklah begitu,” kongsinya lagi.

Artikel Berkaitan;

11 Tahun Kahwin, Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali Buat Rawatan IVF

“Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu Mangsa Banjir Terengganu

“Patutlah Hint-Hint, Muat Lagi Ke Naik Kereta Audi Tu?,” – Kejutan Awal, Achey Bocey Hadiahkan Isteri Mercedes Benz

Ketika rakan media beralih kepada Ali pula, dia akur dengan segala persepsi orang luar dan merasakan dirinya tiada kuasa untuk mengawalnya.

“Dah hampir tiga tahun pemergian arwah Abam tapi masih lagi ramai yang perkatakan mengenai kisah lalu saya walaupun kes itu dah selesai.

“Saya sebak kerana memikirkan bila segala perkara ini nak habis? Namun, kalau difikirkan semula, kalau tidak kerana kes saya sebelum ini, masih ada juga orang yang suka dan tak suka kita.

“Jadi, saya anggap perkara ini normal,” ulasnya.

Pada pentas akhir Muzikal Lawak Superstar MLS3 yang berlangsung pada Jumaat di Dewan Sri Muda, Bukit Jalil, Cili telah diumumkan selaku pemenang tempat kedua di belakang juara, UBI.

Selain membawa pulang hadiah wang tunai RM75,000 beserta trofi, seorang lagi anggotanya, Shiha Zikir turut dinobatkan sebagai Superstar Paling Gempak pada edisi kali ini.

Published by
Aizam Manaf