Ramai Memuji…. “Anak Sesekali Nak Berkumpul, Apa Salahnya,” – Kiah Propa Sambut Ramadan Pertama Bersama Bekas Suami

Share

Bekas personaliti TV yang kini aktif berniaga, Siti Rohkhaida Abdul Kalil atau lebih selesa disapa Kiah Propa ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Facebook miliknya yang mencuri perhatian ramai.

Menerusi entri berkenaan, Kiah Propa telah membawa permata hatinya untuk berbuka bersama dengan bekas suami, yang dikenali sebagai Nazrie Mie pada sambutan Ramadan pertama.

“1 ramadan dgn anak2 dan my ex. Anak sesekali nak berkumpul. Apa salahnya…,” tulis Kiah ringkas sebagai kapsyen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi pujian kepadanya yang kekal menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami meski tidak lagi bersama.

Foto: Facebook & Instagram Kiah Propa

Published by
MH