Rakyat Malaysia yang layak bertanggungjawab turun mengundi untuk memilih pemimpin yang akan memacu negara ini.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berpendapat, pengundi yang layak wajib apatah lagi sebagai umat Islam dalam menjalankan tanggungjawab untuk memilih calon yang dapat mewakili mereka.

Bagaimanapun menurut Dr. Azizan, pengundi dinasihatkan agar tidak sekadar mengundi untuk pangkah semua yang hanya merosakkan undi.

“Setiap satu undi anda bererti, jika kita pilih pemimpin yang baik, ia akan jadi dokongan untuk mewakili sesuatu parlimen dengan orang yang baik.

“Saya bercakap tentang manusia, di mana setiap pengundi memilih orang yang akan menjadi wakil mereka nanti,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook Azizan Osman Official, pada Isnin.

Ramai Nyatakan Kepentingan PRU15, Termasuk Dr. Azizan; “Rakyat Bertanggungjawab Turun Mengundi.” Ramai Nyatakan Kepentingan PRU15, Termasuk Dr. Azizan; “Rakyat Bertanggungjawab Turun Mengundi.” Ramai Nyatakan Kepentingan PRU15, Termasuk Dr. Azizan; “Rakyat Bertanggungjawab Turun Mengundi.”

Perkara tersebut disampaikan Dr. Azizan ketika berucap pada sambutan ringkas hari kelahiran yang dihadiri anak didiknya dan usahawan yang berhampiran di pejabat RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

Ads

Dr. Azizan menambah, setiap orang juga sebenarnya merupakan pemimpin sejak dalam kandungan ibu lagi malah sedang memimpin diri ini.

“Sepertimana hadis Nabi Muhammad SAW, setiap pemimpin bertanggungjawab kepada sesiapa yang mereka pimpin.

“Justeru, kita mempunyai hak untuk memilih maka kita semua juga sebagai pemimpin bertanggungjawab kepada siapa yang diundi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Azizan turut meminta agar pengundi untuk tidak persiakan undi yang dibuang.

Ads

“Jika kita rosakkan undi, anda sama seperti pemimpin yang tak bertanggungjawab.

“Jadi pilihlah mereka yang akan berikan kebaikan kepada Islam sebab saya orang Islam dan mereka yang akan menyokong dan mendokong kebaikan agar negara ini dapat hidup dengan aman sejahtera,” ujarnya.

Terdahulu, Dr. Azizan juga menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas segala-gala yang diterima hingga hari ini termasuk memberikan beliau masa ‘bonus’ agar dapat terus memberi manfaat dan membantu orang ramai khususnya usahawan meningkatkan tahap ekonomi dan kewangan mereka.

Dr. Azizan juga berazam untuk terus menjadi seseorang yang bermanfaat kepada ramai orang di luar sana.

Ads

Pada awal tahun lalu, Dr. Azizan dijangkiti Covid-19 bersama 31 ahli keluarganya dan susulan itu, ibu mertuanya turut meninggal dunia.

Malah, beliau sendiri turut berada pada tahap kritikal kerana virus berkenaan sebelum ini.

Ramai Nyatakan Kepentingan PRU15, Termasuk Dr. Azizan; “Rakyat Bertanggungjawab Turun Mengundi.” Ramai Nyatakan Kepentingan PRU15, Termasuk Dr. Azizan; “Rakyat Bertanggungjawab Turun Mengundi.”

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI