Awal hari ini, pelakon cantik Rita Rudaini ada berkongsi mengenai realiti sesetengah orang kini.
Kongsinya di Instagram, ramai di antara mereka di luar sana yang takut nak mengaku tak bahagia.
“Ramai org takut nak mengaku tak bahagia….malu mungkin …sggup tipu diri sendiri…..Bahagia sebenar bukan di luaran or di instagram tp di dalam…,” tulisnya.
Lalu, perkongsian Rita mendapat reaksi pelbagai tetapi rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan ibu tunggal kepada dua cahayamata itu.
Dalam perkembangan lain, bintang ini sibuk di lokasi penggambaran telemovie, Mak Nak Peluk Boleh arahan Rashid Sibir.
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memperbetulkan Apa Yang Tidak Betul, Adalah Tanggungjawab…,” – Ajai
Selaku juri tetap, komposer Ajai memberitahu, menjadi tanggungjawabnya untuk memberi teguran kepada seluruh peserta program Big Stage 2022 yang kini memasuki musim keempat itu.
Jelas Ajai, tindakan itu dilakukan bagi memastikan kesemua para peserta program berkenaan tidak melakukan kesalahan ketika membuat persembahan.
Tambahnya lagi, dia mengharapkan kesemua bakat muda dalam program ini terus berkembang maju dan melakukan perkara yang sebetulnya sebagai seorang penyanyi.
“Membetulkan apa yg tidak betul.. adalah tanggungjawab. Agar bakat – bakat generasi muda Big Stage 2022 ini berada dilandasan yg betul
#bigstage2022 #byajai,” tulisnya.
Program Big Stage 2022 menyaksikan Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Manakala, penyanyi Mas Idayu pula diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen
media sosial sepanjang program berlangsung.
Menggandingkan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos, bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ajai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kesabaran Kena Tinggi Dan Paling Penting..” – Uqasha Senrose
Isi Kandungan
ToggleDalam rumah tangga pasti ada pasang surut dan turun naik yang perlu ditempuhi bersama-sama, bagi pelakon jelita anak jati kelahiran negeri pantai timur, Kelantan iaitu Uqasha Senrose hanya tiga perkara ini mampu menjamin keharmonian rumah tangga.
Pemilik nama penuh, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu kini mengakui dia sedang berada dalam fasa paling terindah di hidupnya apabila semakin mengecapi bahagia alam rumah tangga bersama suami yang juga pelakon Kamal Adli setelah kelahiran cahaya mata pertama mereka pada April lalu.
Ikatan Kasih Sayang Antara Pasangan Punca Rumahtangga Harmoni
Ketika ditanya kepada Uqasha apakah nasihat yang boleh diberikan kepada wanita di luar sana yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan mendambakan rumahtangga yang hamoni dan bahagia, ini respon yang diberikan.
“Pertama, terima baik buruk (pasangan). Kedua, tahap kesabaran kena tinggi dan yang paling penting yang ketiga adalah sayang di antara satu sama lain,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, pelakon Kamal Adli yang juga suami kepada Uqasha tidak menafikan bahawa kehadiran puteri sulung mereka Hawra Uqaira yang kini berusia 4 bulan, merupakan pengikat kasih sayang yang menyerikan lagi kehidupan dia dan Uqasha.
Kamal Adli Teruja Lihat Anak Membesar Depan Mata!
Malah, menurut Kamal antara cabaran terbesarnya sejak bergelar bapa adalah untuk menjaga permata hatinya, Hawra Uqaira dengan saling bergilir menjaga keperluan si kecil itu.
Kamal bagaimanapun teruja apatah lagi melihat anak membesar di hadapan mata.
“Jujurnya pada awal kelahiran memang agak sukar sedikit. Saya saling bertukar giliran dengan Uqasha untuk menjaganya. Uqasha jaga Uqaira sebelah siang manakala saya pula malam.
“Tapi malam pun Uqasha akan bangun juga. Tak dinafikan susah juga rupanya untuk berjaga malam memandangkan ada ketikanya Uqaira sukar tidur dengan lena,” jelasnya.
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Episod Pertama Drama Viu Original berjudul Nafsu, Aurum Theatre di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Uqasha Ibu Yang Baik, Tak Pernah Mengeluh Urus Anak – Kamal Adli
Malah Kamal turut meluahkan rasa bangga terhadap Uqasha yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka, sejak selamat bersalin April lalu.
“Alhamdulillah Uqasha baru habis pantang. Saya bangga dengan dia sebab caranya dalam menjaga anak kami.
“Saya juga gembira tengok perubahannya sebagai seorang ibu sekarang. Dia memang betul-betul komited sanggup bangun, menyusu dan tidak merungut langsung,” katanya lagi.
Pada masa sama, pasangan selebriti ini juga memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan pembantu dalam menguruskan anak pertama mereka.
Imbas kembali, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber Foto: Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amyra Rosli Akui Tak ‘Sempurna’, Namun Cuba Menjadi Yang Terbaik
Isi Kandungan
ToggleNamanya pernah menjadi sebutan peminat apabila membintangi drama televisyen kontroversi Nur, dimana Amyra Rosli ditugaskan menggalas watak sebagai anak kepada seorang pelacur lorong gelap.
Malah, dek kerana kecantikan aktres Amyra Rosli sememangnya diketahui ramai dan tidak disangkal lagi. Memiliki pesona dan aura tersendiri, dengan sikapnya yang mesra, rendah diri dan penuh kelembutan.
Dari seorang pelakon, bakat nama Amyra Rosli kini terus kekal menyinar sebagai pengacara rancangan berprestij NONA yang ditanyangkan oleh Media Prima Berhad menerusi saluran TV3.
Cantiknya ‘Bidadari’ Amar Baharin!
Terdahulu, kehadiran isteri kepada aktor Amar Baharin ke sebuah majlis ilmu nyata menarik perhatian para tetamu dan peminat setia.
Berkongsi momen istimewa itu di media sosial miliknya, Amyra yang anggun mengenakan persalinan jubah rona Aqua cukup manis dipandang.
Sekaligus menyerlahkan sisi elegan dan perwatakan wanita muslimah sejati.
Yang pasti, foto yang dimuat naik itu mendapat pujian ramai. Bukan hanya terpesona dengan kecantikan Amyra bahkan mereka turut menyenangi perwatakan jelitawan tersebut yang berbudi pekerti tinggi.
“She’s Imperfect But She Tries,” – Amyra Rosli
Kongsi Amyra dalam gambar berkenaan, “She’s imperfect but she tries. Thank you kak Umie Aida bagi peluang sebaris dengan insan-insan hebat. Banyak perkongsian yang dapat Myra manfaatkan daripada majlis ilmu ni. Alhamdulillah.”
April lalu, ibu dua anak ini turut mendapat tumpuan masyarakat apabila berusaha keras menyiapkan kediaman ibu bapa yang ditipu sebuah syarikat hiasan dalaman. Difahamkan Amyra membayar sejumlah besar wang kepada syarikat terbabit namun tiada tindakan susulan dibuat.
Bagaimana pun niat untuk membahagiakan ibu bapa menjadi realiti apabila syarikat hiasan dalaman terkenal iaitu Lentera Creative Home sudi membantu.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli kini meniti usia 32 tahun dan merupakan seorang anak seni berjaya.
Dia mendirikan rumah tangga dengan Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber foto: Instagram Amyra Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI