Akibat dikritik gara-gara berkerjasama dengan pelawak, Ali Puteh, pelakon, Azhan Rani ada memberikan reaksinya berhubung isu tersebut.
Menurut Azhan, sepanjang berkerja dengan Ali, tidak pernah sekali pun masalah timbul di set pengambaran selain turut menyifatkan dia sebagai penyeri suasana.
“Toxic detected. Aku ni bukan la jenis suka menjawab sangat tapi aku faham kadang-kadang perlu juga dijawab sesetengah perkara yang aku rasa boleh membiakkan toxic.
“Jujur aku cakap sejak bekerjasama dengan @aliputeh_official ramai je yang pandang semacam kat aku. Why aku baik sangat dengan dia. Nak kata macam mana, dia dengan aku dan team production takde masalah. Apa yang aku jawab kat komen tu jujur dan ikhlas.
“Hal peribadi dia bukan masalah aku pun dan kami tak pernah ada rasa excited nak campur walaupun aku tau satu Malaysia tengah kepochi dengan isu dia. So far kerja dia bagus, dia penceria set. Set akan suram bila hari dia takde,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang popular menerusi drama Nur itu di laman Instagram miliknya.
Jelas Azhan lagi, sebagai manusia, kita tidak mempunyai hak untuk menilai keperibadian orang lain berdasarkan kisah silamnya sebelum ini.
“Apapun masalah dia, aku pasti ada penghakiman dunia dan akhirat yang adil untuk dia dan bukan hak aku atau kita yang takde kena mengena ni untuk mengadilinya.
“Beria jugak aku menjawab panjang-panjang komen tu. Rupanya bila selak bio tukang komen tu terserlah jawapan yang dia cari. Mungkin dia lupa apa yang pernah dia tulis kat bio dia. Ke dia copy paste kat google je sebab tak tau karang ayat padahal bukan prinsip dia pun.
“Abang minta maaf dik. Abang up kan kau ni bukan sebab nak tengok kau popular pun. Tapi sebab nak stopkan kau sebarkan toxic. Tak baik pun buat macam tu,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Azhan turut menyeru orang ramai supaya berhenti untuk menyebarkan kebencian dan berbuat baiklah sesama manusia.
“Kalau betul kau bermasalah dengan dia, tak payah libatkan orang lain yang takde kena mengena. Ke ko jumpa Ali Puteh tu settlekan masalah kau dengan dia.
“In Sha Allah dik kita try la berbuat baik sesama kita. Kita hormat orang In Sha Allah ramai orang akan hormat kita.
“Kadang-kadang tu bila kita lantang nau cakap kita tak minat orang tu, kita lupa sebenarnya lagi ramai orang tengah tak minat kita. wallahualam. *hidup ini senang je. kalau kau tak suka angkat kaki*,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Azhan itu.
Terdahulu, Azhan dan Ali kini sedang berkerjasama bagi menjayakan sebuah drama komedi berjudul Mommy Oja yang kini sedang ditayangkan di saluran Awesome TV.
Selain dua pelakon ini, drama ini turut dibintangi nama-nama besar lain seperti Tasha Shilla, Fauziah Nawi, Shiqin Kamal dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Azhan Rani