Biar masih menyayangi dunia seni, penyanyi dan pelakon era lewat 90–an, Erna Elliyana bagaimanapun mendedahkan dirinya belum bersedia untuk kembali aktif.
Menurut Erna, meski terima banyak permintaan daripada perminat untuk melihatnya menyanyi dan berlakon semula, namun dia lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap dunia bisnes.
“Saya memang sayangkan dunia hiburan tetapi saya masih belum tergerak hati untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Mungkin kerana kesibukan dalam bisnes.
“Saya mengaku ramai peminat yang menghantarkan mesej dan meminta saya untuk melakukan kemunculan semula dalam bidang seni, tapi buat masa ini, biarlah saya fokus dalam perniagaan terlebih dahulu,” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Bukan Untuk Sesaat itu akui teruja kerana masih berpeluang menyumbang bakti buat industri seni dengan menaja beberapa siri konsert dan progam muzik.
Ads
“Minat saya masih kukuh dalam hiburan ini saya salurkan menerusi tajaan pelbagai program dan festival. Terbaharu, menerusi perniagaan yang diusahakan, kami bakal menaja beberapa siri konsert.
“Dalam masa yang terdekat, menerusi jenama kecantikan Kamya Glow dan restoran Daigor Hong Kong Muslim, kami menaja konsert Andmesh Kamaleng semalam manakala Daigor baru sahaja dibuka turut menaja acara makan malam sempena Meet & Greet bersama bintang Indonesia itu bersama peminat,” katanya lagi.
Erna ditemui di majlis pembukaan restoran berasaskan menu Hong Kong Muslim itu di Jumpa @ Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang, baru-baru ini.
Ads
Bercerita lebih lanjut mengenai premis makanannya itu, Erna memilih Itik Panggang sebagai antara ‘signature dish istimewa’ yang wajib dicuba pelanggan.
“Menu istimewa yang wajib dicuba ialah Itik Panggang. Susah nak cari Itik Panggang halal, tetapi kami menjadikan ia sebagai tarikan untuk berkunjung ke Daigor. Selain itu, hidangan Cheese Baked Rice dan pelbagai jenis daging, makanan laut, charcoal custard lava bun dan juga air kopi antara keistimewaan yang ditawarkan di sini.
“Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tujuh bulan untuk mendapatkan rasa yang paling dekat dengan apa yang dijual di Hong Kong,” katanya lagi.
Ads
Sekadar info, konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur, malam tadi di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ituditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari AlphaCapital (M) Berhad.
Daigor pula merupakan rangkaian perniagaan makanan baharu di bawah jenama K-Town Alpha iaitu syarikat subsidiari Alphacapital yang memiliki variasi cabang perniagaan.
Selain Erna yang bertindak sebagai Lembaga Pengarah AlphaCapital, majlis pembukaan terbabit turut dihadiri oleh pengasas Daigor, Andy Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak dan Hilal Haizan selaku Lembaga Pengarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah pasti ada yang mengenali dengan penyanyi kumpulan Forteen yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu.
Sebelum ini, penyanyi kumpulan Forteen dianggotai empat orang ahli iaitu Ariz Lufiaz, Ameerais, One dan Izzue Islam.
Namun, kumpulan Forteen dipalit kisah sensasi apabila salah seorang ahli mereka, Izzue Islam membuat keputusan menarik diri dari kumpulan tersebut, pada November tahun lalu.
Meski kini kekurangan ahli, mereka bertiga tetap bersemangat untuk meneruskan dan mengekalkan kumpulan Forteen di dalam industri hiburan tanah air.
Bersempena ulang tahun Forteen yang ke-8, Ariz Lufiaz telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Ariz telah mengimbau kembali kenangan kumpulan Fourteen dahulu bersama peminatnya.
“Harini ini Ulangtahun ke-8 @official.forteen. Ingat lagi show dekat Sungei Wang. Menggigil-gigil nyanyi. Kasut besar 1 size. Baju main taram je, 1st time orang datang ambil gambar, memang manis.”
“Alhamdulillah, More years to come inshaAllah. Ingat jangan berhenti berjuang sahabat-sahabatku. Terima kasih juga pada @official_forteenagers kerana terus menyokong kami dari dulu sampai kini. Another meet and greet perhaps? #Forteenturns8”tulis Ariz.
Penyampai radio, Abby Fana atau nama sebenarnya, Habsah Omar memaklumkan bapanya, Omar Abu Bakar telah pergi mengadap Illahi, Jumaat lalu.
Berita tersebut disampaikan bintang radio itu menerusi Instagram, awal semalam.
“Semua kita akan ke sana juga kan… Terima kasih semua di atas ingatan & doa kalian. Mohon sedekahkan alfatihah buat ayahanda saya Omar Bin Abu Bakar.
“Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 beriman & beramal soleh. Terlalu banyak kenangan antara saya & ayah.
“Kenangan yg ini (swipe) terakam pd 20.10.19…tiada apa yg luar biasa cuma sy sempat meminta ampun & maaf dpd ayah, mohon halal makan & minum dunia & akhirat.
“Ayah angguk sambil berkata …’ya nak’, kami saling berpelukan & sy cium ayah…rupanya itulah momen terakhir kami,” tulisnya.
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengucapkan tahniah kepada Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail yang bernikah dengan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar, pagi tadi.
Mendedahkan dirinya ada menerima undangan daripada bekas kekasihnya itu, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 35, turut mendoakan kebahagiaan pasangan buat selamanya.
“Saya berbesar hati mengucapkan tahniah untuk Emma dan dia pun menjemput saya. Dia ada beritahu saya mengenai perkara tersebut.
“Tanya dia, kalau kahwin awak datang tak? Saya kata, insyaAllah tiada masalah pun. Saya kata pastikan pasangan yang baik dan dia pun pastikan yang terbaik untuk pasangannya.
“Saya tak mengenali lelaki pilihannya itu. Tapi sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik untuknya.
“Saya mahu kedua famili semua suka, jadi ia akan memberi kebahagiaan,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Emma sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli pada satu majlis tertutup di Bukit Damansara, dengan sekali lafaz.
“Bagi saya perkahwinan bukan soal kepentingan kita sahaja. Kepentingan bersama keluarga adalah sangat penting. Bukan berlaku pada saya, tetapi ia berlaku kepada saudara-mara saya misalnya.
“Kahwin sekejap…sebulan dah bercerai. Rupa-rupanya famili ini… Ayah begini, emak begitu. Anak mahu kontrol dan sebagainya. Itulah yang saya maksudkan dan saya rasa benda itu sangat penting.
“Hari ini saya menjadi lebih matang, orang kata kalau bercerita mengenai cinta. Hujungnya, Yang Di Atas yang menentukan ‘kelayakan’ dengan siapa kita akan dijodohkan,” katanya.
Terdahulu, bintang asal Terengganu ini ditemui pada majlis pelancaran filem Bulan & Pria Terhebat, baru-baru ini.
Sekadar imbasan, Zizan dan Emma pernah menjalin hubungan sekitar tahun 2014. Bagaimanapun hubungan yang dibina tidak bertahan lama.
Dalam perkembangan lain, Zizan juga bakal muncul menerusi filem Abang Long Fadil 3 selain akan sibuk di lokasi penggambaran sebuah filem baru bersama Afdlin Shauki.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nina Iskandar mengesahkan dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan, sejak tahun lalu.
Menurut Nina, 34, perceraian talak satu itu bukan melibatkan...