Hiburan

“Ramai-Ramai Artis, Suka Tengok Lala Ni! Dia Punya Vibe..” – Aura Wan Sharmila Bikin Netizen Jatuh Cinta!

Share

Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih mesra dengan panggilan Lala semakin jarang muncul di kaca TV.

Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada menghadiri program serta majlis-majlis ilmiah keagamaan.

Selain, itu penampilan Wan Sharmila juga dilihat semakin sopan dan manis dengan jubah serta tudung labuh lengkap berstoking.

Masha-Allah memang sejuk mata memandang.

 

Tak Ramai Kawan, Namun Allah Hadirkan Insan Baik Dalam Hidup

Terdahulu, tular penampilan Wan Sharmila yang berjubah hitam serta mengenakan niqab sewaktu menghadiri majlis ilmu baru-baru ini raih pujian warga maya.

Menerusi video yang dikongsi di akaun TikToknya, Wan Sharmila telah meluahkan rasa syukur kerana diundang untuk menghadiri majlis seperti itu.

Menurut Wan Sharmila, dia sebenarnya tidak ramai kawan tetapi Allah SWT hadirkan insan-insan yang baik dalam hidupnya kini.

@wansharmilalala Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu. Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.♥️ Outfit : @Sharkha ♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman

“Saya tak ada ramai kawan. Tapi Dia Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa menilai pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila berada dalam majlis ilmu.

“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” kongsi Wan Sharmila.

“Jatuh Sayang Dekat Wan Sharmila. Sejuk Saja Hati Tengok Dia..” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya memuji imej Wan Sharmila yang disifatkan sangat manis dan sejuk mata memandang.

“Ramai-ramai artis, suka tengok Lala ni. Dia punya vibe lain. Entahlah, tapi adore sangat. Moga dalam lindungan Allah selalu sis Lala.”

“Kita yang perempuan pun tengok macam ini boleh cair… jatuh sayang kat Wan Sharmila. Sejuk saja hati tengok dia.”

Semoga Wan Sharmila terus istiqamah dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Wan Sharmila & Tik Tok Wan Sharmila

Published by
Haifa Nasir