Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tak ambil hati dengan segala kecaman warganet yang mempertikaikan mengenai kemenangannya di The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), malam tadi.

Ayda berkata, orang luar sepatutnya bersikap terbuka dan menyokong semua selebriti yang mengambil bahagian dalam program realiti itu.

“Saya sudah jangka mesti ada pertikaian selepas diumumkan sebagai juara TMSMY3 kerana saya sendiri pun rasa ada individu lain yang lebih layak dari sudut vokal dan nyanyian.

“Tapi satu hal yang orang luar kena faham adalah pertandingan ini menilai bukan saja dari segi nyanyian malah segala aspek seperti persembahan, karakter dan pembawaan maskot.

“Malah pemilihan lagu dan berjaya mengelirukan juri serta penonton dengan pelbagai suara dan teknik nyanyian juga diambil kira. Jadi saya rasa adil bila saya menang kerana segala usaha yang saya tonjolkan.

“Saya anggap kemenangan ini adalah rezeki saya. Segala kecaman saya terima dengan hati terbuka. Kalau tak suka, sekurang-kurangnya lihatlah usaha yang Betta Fish berikan saban minggu,” katanya.

Ads

Ayda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan bayi, Chicco di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Menurut Ayda, dia juga pelik dengan sikap segelintir pihak yang kurang gemar dengan pembabitannya dalam dunia nyanyian.

Ads

“Saya tak faham kenapa orang tidak suka apabila saya menampilkan kelainan dalam bidang nyanyian.

“Ramai suka saya menyanyi lagu rancak tapi apabila saya tampil dengan lagu-lagu bergenre lain, mereka mengkritik dan kurang berminat.

“Lebih-lebih lagi apabila saya masuk pertandingan seperti Famili Duo dan TMSMY3, saya cuba menonjolkan vokal saya tapi ada segelintir mengecam,” katanya lagi.

Ads

Terdahulu menerusi program TMSMY3, Ayda membawakan lagu Titanium nyanyian asal David Guetta ft Sia dan duet Salam Terakhir bersama Marsha Milan.

Ayda menewaskan empat maskot lain yang diwakili Syamel, Han Byul,  Mimi Fly dan Hael Husaini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Sesi rakaman TMSMY3 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI