Pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa gembira setelah persembahan sulung suaminya, penyanyi Aliff Aziz di konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berjalan lancar, pada Ahad lalu.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah berkongsi perkara tersebut menerusi entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
Aliff telah mempersembahkan lagu single pertamanya yang berjudul Sayang-Sayang itu berjaya menduduki tangga teratas sekaligus melayakkan dirinya mara ke konsert minggu kedua.
Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah turut mendedahkan dirinya baru berusia 13 tahun ketika lagu single pertama suaminya dilancarkan pada tahun 2007.
“Done for week 1, all the best b @iamaliffaziz p/s: masa lagu sayang sayang umur bella 13tahun,” tulisnya ringkas.
View this post on Instagram
Pada konsert seterusnya, Aliff bakal menyanyikan lagu berjudul Kasih Tak Sampai yang pernah dipopularkan oleh penyanyi kumpulan dari seberang, Padi.
Sekadar informasi, Bella, 27 telah mendirikan rumah tangga bersama Aliff, 30 pada tahun 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Ayden Adrean, 5 dan Ara Adreanna, 1.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI