Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat ada berkongsi pengalaman dahsyatnya apabila pernah terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 2012.

Menerusi entri post Instagramnya, pengalaman tersebut nyata memberi kesedaran besar dalam hidup penyanyi lagu Nakal itu.

“Saya pernah accident teruk sebab mengantuk, Tak tipu! Boleh google kalau tak percaya.

“Beberapa saat je terlelap, kereta total-lost. Cedera teruk kat muka, tulang muka patah, jahit sana sini.

“Tapi Alhamdulillah, saya ini kira bernasib baik masih sihat sampai sekarang,”tulisnya.

Ayda Jebat Pernah Kemalangan Hingga Retak Tulang Pipi & Terima Jahitan Di Bahagian Mulut

Tambahnya lagi, Ayda turut memberikan nasihat kepada para pemandu lain supaya berhenti berehat jika mengantuk.

Ads

“Jadi saya nasihatkan anda semua berhenti memandu, freshkan diri, tambah tenaga dan jangan paksa diri kalau mengantuk.

“Berehat dulu lepas tu baru sambung drive,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Ayda alami kemalangan berkenaan di lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada tengah malam, tahun 2012.

Dia ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah seharian berada di set penggambaran.

Ads

Ayda Jebat Pernah Kemalangan Hingga Retak Tulang Pipi & Terima Jahitan Di Bahagian Mulut

Kemalangan tersebut berlaku apabila Aida yang memandu kereta jenis Mazda dipercayai  keletihan sehingga menyebabkan keretanya terbabas lalu berpusing beberapa kali sebelum melanggar pokok di lebuh raya berkenaan.

Ads

Malah Ayda pernah berkongsikan mengenai hal sama menerusi satu ciapa di Twitter.

Foto: Instagram Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI