Pelakon Ramona Zamzam mengimbau saat di pentas akhir Dewi Remaja 2009/10 yang pasti tidak akan dilupakannya sehingga hari ini.
Mana tidaknya, pemilik nama penuh Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkongsi pengalaman bahawa dia diserang migrain ketika malam final itu.
“Malam final itu, saya kena jawab soalan, naik pentas dan catwalk. Saya kena serang migrain.
“Mungkin disebabkan tekanan. Maklumlah pertandingan besar sebegini, saya sangat berdebar
“Ketika juri tanya soalan dan masa itu kepala saya sakit yang teramat. Tapi saya tak boleh buat apa masa itu. Saya harap saya dapat putarkan balik masa dan buat yang lebih baik dari itu.
“Saya sangat sedih ketika itu sebenarnya, tapi saya reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. Jadi saya positif sahaja,” kongsi ibu kepada seorang anak ini menerusi IGTV Remaja.
Terdahulu, Neelofa merupakan juara Dewi Remaja 2009/10, Izara Aishah naib juara dan Shangkaree Nadarajan di tempat ketiga.
Selain itu, antara yang terlibat dalam Dewi Remaja ketika itu seperti Anzalna Nasir, Azar Azmi, Syatilla Melvin dan ramai lagi.
Video : Instagram Remaja
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Letakkan Kesalahan Anak Atas Didikan Mak Ayah. Tolong…,” – Reaksi Janna Nick Isu Penarikan Balik Dewi Remaja 2018/19
Kecewa dengan sikap segelintir netizen yang berterusan menyalahkan ibu Haneesya Hanee atas tindakan bekas Dewi Remaja itu, Janna Nick tampil memberikan reaksi menerusi sepotong video.
Penyanyi lagu Akan Bercinta itu memuat naik video berkenaan menerusi Instagram, awal semalam.
Kandungan video tersebut antara lain merakam Janna menasihati Haneesya yang menganggap insiden berlaku adalah pengajaran buat gadis berusia 18 tahun itu untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Anggap ni satu pengajaran for you to be a better person. Jangan stress over the same thing. Just move on because if not it will lead you to depression and i hope that will never happen.
“Stay strong, don’t repeat and surround yourself with good people. Don’t simply trust anyone,” katanya.
Dalam video yang dikongsi, Janna berharap agar netizen berhenti menyalahkan didikan ibu bapa atas tindakan anak-anak.
‘Saya buat video ini untuk sampaikan salam sayang kepada Haneesya Hanee. Saya ada ucapkan tahniah masa malam dia menang tu.
“Saya agak kecewa bila melihat video. Tapi hari ni saya kasihan apabila gelaran Dewi Remaja ditarik balik sebab kita tak tau apa usaha yang dia dah letak untuk sampai ke tahap tu.
“Nampak tak apa perkara viral boleh buat untuk efek kehidupan seseorang.
“Apa yang saya terpanggil untuk buat video ini apabila netizen menyalahkan mak Hanee dalam hal ni,” jelas Janna.
Pada masa sama, Janna turut memberitahu apa yang berlaku pastinya tiada kena mengena dengan soal penjaga.
“Sebab saya rasa, ini tidak ada kena mengena dengan mak dia. Tolonglah you all. Dia dah besar dan kita masing-masing boleh fikir mana positif, mana negatif.
“You all tak boleh letakkan kesalahan anak itu atas didikan mak ayah. Tolong hentikan. Saya sangat sensitif dalam hal ini. Untuk Hanee, jangan putus asa dan jangan ulang,” kongsinya panjang lebar.
Terdahulu, sesi penarikan semula Dewi Remaja 2018/19 dari Haneesya telah pun dilakukan menerusi suatu sidang media khas yang diadakan petang semalam di Nu Ideaktiv, Seksyen 15, Shah Alam.
Turut hadir pada sesi berkenaan ialah pemenang tempat kedua, Tia Sarah.
View this post on InstagramA post shared by Janna Nick (@jannanick) on
Foto : Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Kerana Jaga Saya & Aleesya,”- Erra Fazira Rai Hari Jadi Pembantu Rumah, Layan Macam Famili!
Erra Fazira telah meraikan ulang tahun hari jadi pembantu rumahnya, Muti baru-baru ini.
Momen indah tersebut dikongsikan Ratu Cantik Malaysia 1992 itu di akaun Instagrammya.
“Ulang tahun Muti yang ke teetttt… pokoknya awet muda terus ya Muti.. Moga Allah pnjgkan usia & tingkatkan iman dr masa ke semasa..
“Terima kasih menjaga saya dan Aleesya dgn penuh kasih syg.. sudah hampir 11 tahun kita duduk satu bumbung,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Dalam pada itu,Erra turut ‘membongkar’ sikap sebenar Muti.
“Muti jugak jd mak2 yg kuat bebel kat kami semua.. makanan kalau tak habis, AWASSSSS katanya! Semu gelupor makan habis..
“Tu yg semua gemuk bwh jagaan Muti.. Selamat ulang tahun Muti!!!,” tulis Erra lagi.
Antara selebriti yang turut meraikan hari jadi pembatu rumah mereka sebelum ini adalah seperti Datin Paduka Eina Azman dan Ozlynn.
Foto : IG Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
GV6 : “Kena ‘Twist’ Diri Saya Jadi Lain,” – Nak Kekalkan Momentum Bukan Senang Kata Naqiu
Bakal membuat persembahan menerusi lagu asal Khai Bahar yang berjudul 123 pada program Gegar Vaganza 6 (GV6) minggu hadapan, Naqiu mengakui dirinya perlu melakukan persiapan, seterusnya cuba untuk lari dari zon selesa.
Katanya, dia akan cuba untuk memberikan kelainan, menampilkan sisi berbeza dalam saingan minggu ketiga yang mengetengahkan tema ‘Aneh-Aneh’.
“Perkara pertama terlintas di fikiran apabila tersiar lagu yang bakal saya nyanyikan ialah peminat akan tengok sisi berbeza saya.
“Memandangkan sebelum ini saya sering persembahkan lagu ‘jiwang’. Kali ini bawa lagu rentak rancak, kena ‘twist’ diri saya jadi lain,” katanya yang menggungguli minggu kedua konsert dengan mengumpul markah tertinggi sebanyak 81.00 peratus.
Memberi persembahan memukau menerusi lagu Meraung (dendangan asal kumpulan NewBoyz) sekali gus mendapat pujian juri, pemilik nama lengkap Wan Naqiuddin Mohd Najib ini juga tidak menafikan untuk mengekalkan momentum bukanlah suatu hal senang.
“Minggu pertama saya di kedudukan kelapan dan minggu ini di tempat teratas. Saya syukur meski jujurnya pada peringkat awal saya takut dan tertekan.
“Saya risau andai buat kesilapan di mana-mana ketika membuat persembahan dan pada masa sama, tak mahu ada yang membanding-bandingkan saya dengan penyanyi asal.
“Untuk kekalkan momentum ialah perkara yang paling sukar dan harapan peminat juga sudah tinggi. Saya cuba berikan yang terbaik baik untuk juri dan peminat yang menyokong,” azam Naqiu.
Berkongsi mengenai perkembangan media sosialnya pula, bintang berusia 33 tahun itu terkejut kerana jumlah pengikutnya di platform di Instagram meninggkat secara mendadak.
“Pada minggu pertama, sejurus konsert bilangan pengikut meningkat kepada 10,000 dan sehingga ke hari ini, bilangannya kian bertambah…cecah 30,000.
“Saya tak percaya sebenarnya kerana saya anggap diri ini ‘kecil’, berada dalam industri pun sekejap sangat…tak sampai 10 tahun pun kalau nak dibandingkan dengan senior lain.
“Tiba-tiba bilangan pengikut Instagram naik mendadak jadi saya terkejutlah. Apa pun saya hargai sangat.
“Rupanya masih ada mereka yang masih ingatkan saya,” luah Naqiu yang berazam untuk terus kekal berkarya dalam seni selepas ini.
Terdahulu, Mazleela diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir, selepas mengumpul markah paling rendah dalam kalangan 12 peserta lainnya.
GV6 yang disiarkan secara langsung di Astro RIA dan Ria HD dari Wisma Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Sementara, Datin Paduka Julie Sudiro pula diundang sebagai juri jemputan minggu kedua saingan.
Foto: Instagram Naqiu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI