Pelakon Ramona Zamzam mengimbau saat di pentas akhir Dewi Remaja 2009/10 yang pasti tidak akan dilupakannya sehingga hari ini.
Mana tidaknya, pemilik nama penuh Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkongsi pengalaman bahawa dia diserang migrain ketika malam final itu.
“Malam final itu, saya kena jawab soalan, naik pentas dan catwalk. Saya kena serang migrain.
“Mungkin disebabkan tekanan. Maklumlah pertandingan besar sebegini, saya sangat berdebar
“Ketika juri tanya soalan dan masa itu kepala saya sakit yang teramat. Tapi saya tak boleh buat apa masa itu. Saya harap saya dapat putarkan balik masa dan buat yang lebih baik dari itu.
“Saya sangat sedih ketika itu sebenarnya, tapi saya reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. Jadi saya positif sahaja,” kongsi ibu kepada seorang anak ini menerusi IGTV Remaja.
Terdahulu, Neelofa merupakan juara Dewi Remaja 2009/10, Izara Aishah naib juara dan Shangkaree Nadarajan di tempat ketiga.
Selain itu, antara yang terlibat dalam Dewi Remaja ketika itu seperti Anzalna Nasir, Azar Azmi, Syatilla Melvin dan ramai lagi.
Video : Instagram Remaja
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Harap Apa Yang Tergendala Dapat Diteruskan,” – Teruja Berlakon Dengan Datuk Ahmad Tarmimi, Randy Pangalila Rindu Nak Berlakon Di Malaysia
Nama aktor popular Indonesia, Randy Pangalila sememangnya bukan sesuatu yang asing di negara ini kerana pernah membintangi beberapa drama bersiri di Malaysia
Bakal membintangi filem terbaru, Perjalanan Pertama, aktor berkenaan mengakui rindu untuk kembali berlakon di Malaysia.
“Sejujurnya saya cukup merindui untuk berlakon di Malaysia, malah sudah ada perbincangan untuk menghasilkan beberapa projek di sana (Malaysia) seperti Gantung The Series musim kedua.
“Cuma, semuanya terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Dalam keadaan yang semakin pulih ini, saya harap apa yang tergendala akan dapat diteruskan,” ujarnya.
Menurut Randy, berpeluang dapat berlakon di Malaysia juga adalah satu pengalaman yang menyeronokkan, sehingga melonjakkan namanya dalam kalangan peminat di sini.
Selain Gantung The Series, antara drama Malaysia lain yang dia turut terlibat adalah seperti Dalam Hati Ada Taman (2012), Benci vs Cinta (2013) dan Urusan Hati Cik Drama Queen (2017).
Dalam pada itu, mengenai pembabitannya dalam filem Perjalanan Pertama, Randy memberitahu ia adalah satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon hebat Malaysia seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Katanya lagi, biarpun peranannya dalam filem berkenaan tidak besar, tetapi dia tertarik menerima tawaran yang diberikan kerana mesej yang disampaikan menerusi filem arahan Arief Malinmudo itu.
“Sebaik membaca skrip filem ini, saya lantas tertarik dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan, berkisar tentang hubungan antara datuk dan cucu yang jarang dipertontonkan.
“Soal filem ini berbajet besar atau tidak, watak kecil atau sebaliknya… apa yang lebih penting mesej dalam penceritaannya itu,” ujarnya yang memegang watak sebagai Mukhtar.
Selain Randy dan Ahmad Tamimi, filem Perjalanan Pertama turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Muzakki Ramdhan, Adinda Thomas dan Gilang Dirga.
Diterbitkan menerusi usahasama syarikat D’Ayu Pictures (Malaysia) dan Mahakarya Pictures (Indonesia), ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 18 Ogos ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Randy Pangalila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Fake Or Real?,” – Teka-Teki Netizen Mengenai Tatu Belakang Badan Aedy Ashraf
Kecoh mengenai isu tatu tiruan (fake tattoo) yang terdapat pada bahagian belakang pelakon Aedy Ashraf baru-baru ini.
Gambar tersebut telah dimuat naik pelakon filem Gol dan Gincu di Instgram semasa bercuti di Bali, Indonesia.
View this post on InstagramDear Bali, you make my heart smile.
A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on
Lalu, gambar trersebut telah mendapat banyak persoalan dan teka-teki dari netizen mengenai ‘lukisan’ yang terdapat di belakang badan Aedy.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memberi teguran agar pelakon itu tidak perlu berbuat demikian kerana ia seolah-olah telah melanggari syariat sebagai orang Islam.
Terdahulu, Syafie Naswip pernah melalukan hal sebegini dan mendapat teguran dari ramai pihak.
Foto : Instagram Aedy Ashraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Manusia Mahu Jadi Lebih Jahat! – Irma Hasmie
Irma Hasmie bukanlah nama baru, kehadiran dirinya dalam industri seni satu ketika dahulu cukup meninggalkan kesan dengan penampilannya yang cantik dan popular sebagai pelakon, pengacara serta model, Irma mengumpul peminatnya yang tersendiri.
Bagaimanapun, sejak mendirikan rumahtangga pada 2012 dan bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata nama Irma Hasmie terus tenggelam dari industri hiburan tanah air.
Irma Kini Fokus Kerja Sukarelawan Kejar Saham
Malah, kini Irma lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga, serta fokusnya lebih tertumpu kepada kerja-kerja sukarelawan Islam, mengacara dan juga menyediakan modul latihan.
MH berkesempatan menemubual personaliti jelita ini mengenai perkembangan terbaharunya, serta sudut pandang dirinya dalam melalui perubahan dalam kehidupan.
Sudah berhijab sejak 2011, Irma berkongsi tentang kisah perubahan serta penghijrahan ke arah lebih baik yang dimiliki olehnya.
“Fitrah manusia hendak jadi lebih baik, tiada manusia yang hendak jadi lebih jahat. Kalau dia sudah baik pun dia mahu menjadi lebih baik. Perasaan itu sentiasa ada bagaimana kita hendak upgrade diri kita.
“Perubahan ini subjektif, bukan hanya dari bertudung kepada tidak bertudung, sebenarnya ia merangkumi semua aspek dari segi performance dan kerja, peribadi dan pendidikan. Kita sentiasa hendak jadi lebih baik,” kongsinya penuh makna.
Hidayah Lebih Bermakna Jika Dicari
Kebiasaan yang biasa kita dengar, apabila seseorang berubah ke arah lebih baik, sering dilabel sebagai bertuah kerana berjaya memperoleh serta dikurniakan hidayah dari Allah SWT.
Namun, lain pula persepsi bagi wanita anggun ini. Menurut Irma hidayah itu sifatnya lebih berharga dan akan dihargai apabila kita berusaha sebaik mungkin untuk mencarinya.
“Ada sesetengah orang rezeki mereka sangat indah dan baik yang mana mereka tidak perlu mencari hidayah. Cumanya, kalau mereka tidak mencari hidayah, adakah mereka grab peluang itu atau tidak.
“Kadang-kadang kita terlepas sebab kita tak ambil peluang sewaktu Allah petunjuk dan hidayah. Pada orang yang berusaha pula apabila mendapat hidayah dan petunjuk mereka merangkul peluang tersebut.
“Bagi saya perkara itu mungkin lebih baik, mungkin kerana ada pro dan kontra dalam perjalanan kehidupan. Dalam agama pun ada mengajar kita takkan boleh ubah seseorang kecuali dia ubah diri dia sendiri. Jadi nak berjaya kita kena ubah diri kita,” ujarnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Irma Hasmie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI