Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi kata hikmah yang antara lain bermaksud, bagaimana mahu berjaya jika tidak pernah mencuba.
Malah, ramai yang takut mengejar impian kerana takut hidup susah.
“Ramai takut untuk mengejar impian sebab takut hidup susah kan? Pagi tadi saya terbaca kata kata yang ditulis oleh sasterawan Indonesia – Buya Hamka-
“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.
“Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua,” jelasnya.
Kongsi Idzham lagi, dia bersyukur cepat tersentak daripada lamunan dan segera memulakan langkah menggapai impian. Walaupun sukar, namun nyata ia berbaloi.
“Saya dulu pon takut nak kejar impian saya 100% kerana orang sekeliling nasihat untuk ada backup, tapi saya sedar itu adalah kesilapan saya terbesar dalam career saya. Tersedar dengan cepat dan mulakan langkah baru dalam career saya.
“Susah? Tak ada benda yang mudah melainkan kita sendiri jadikan ia mudah. Tapi semua ni terpulang kepada individu tu sendiri, ada yang memilih tidak mahu ambil risiko dan hidup selesa dan sederhana, ada yang memilih untuk mengejar cita2.
“Apa apa pun saya doakan semoga semua yang membaca dan share caption ni diberkati dan dipermudahkan urusan harian,” tulisnya lagi.
Apa pun yang pasti, bukan susah nak jadi susah, bukan senang nak jadi senang.
Foto : Instagram Idzham Ismail