Memilih Arwa Malaikha Urwa sebagai nama puteri sulung, pelakon, Nadzmi Adhwa akhirnya terpanggil untuk menerangkan maksud di sebalik pemillihan nama indah tersebut.
Menurut Nadzmi, nama tersebut diambil bersempena dengan tokoh pemimpin wanita Islam yang mempunyai latar belakang dan sejarah yang hebat.
“Arwa binti Kuraiz: Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan.
“Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.
“Malaikha Urwa: Wanita Islam yang hebat, dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11,” kongsinya.
Penjelasan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu menerusi ruangan komen di akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemilihan nama indah tersebut selain turut menitipkan doa semoga anaknya itu dapat mencontohi keperibadian tokoh-tokoh Islam tersebut.
Untuk rekod, Arwa Malaikha Urwa telah selamat dilahirkan pada tanggal 5 Jun 2020 di Andorra Women & Children Hospital.
Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa