Anggota kumpulan Kpop Astro, Moonbin ditemui mati di kediamannya di Gangnam, Korea Selatan pada kira-kira jam 8 malam waktu tempatan pada malam Rabu.
Kematian Moonbin, 25, disedari pengurusnya yang menemukan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa..
Menerusi siasatan awal yang dilakukan, punca kematian Moonbin adalah disebabkan bunuh diri namun pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.
Agensi pengurusan Moonbin, Fantiago menerusi satu kenyataan media turut berduka cita dengan kematian bintang muda itu.
Ads
“Kami juga turut berduka atas berita mengejutkan ini. Namun ia tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan Moonbin.
“Kami juga memohon semua untuk menghormati keluarga dan tidak menyebarkan berita tidak benar tentang kematian ini.
Ads
“Pihak keluarga akan mengadakan majlis pengebumian secara tertutup,” kata kenyataan tersebut.
Moonbin menyertai kumpulan Astro pada tahun 2016.
Ads
Selain Moonbin, adik perempuannya, Moon Sua, 24, turut bergelar seorang penyanyi dan merupakan anggota kumpulan Billlie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bersedia untuk menjawab segala spekulasi yang dikaitkan dengannya hari ini.
Memetik Awani, figura terkenal berusia 31 tahun itu dijangka mengeluarkan kenyataan media sekitar pukul 8 malam ini.
Perkara tersebut dipetik menerusi pengurusnya, Shawn Amer sebagai berkata, pihaknya sedang menyiapkan kenyataan media untuk diedarkan kepada wartawan hari ini juga.
“Pihak kami sedang menyiapkan kenyataan. Kami akan edarkan kepada rakan-rakan wartawan. Saya harap anda semua dapat bersabar sebentar,” katanya.
Ditanya bagaimana keadaan pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor, Shawn berkata, artis berkenaan dalam keadaan yang sangat tenang.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai status hubungan Neelofa dan PU Rizz mulai diperkatakan netizen menerusi media sosial dan menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter berikutan beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu adik-beradik bekas pengacara MeleTop itu di Instagrammenjadi viral.
Malah, rata-rata netizen memuat naik kembali tangkap layar tersebut lalu membuat spekulasi mengenai status hubungan pasangan personaliti berkenaan.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air kecoh apabila beberapa pasangan artis yang mengambil keputusan untuk bercerai dan mengakhiri bahtera perkahwinan mereka meski jika dilihat pada mata kasar seperti bahagia dan tidak mempunyai sebarang pergolakkan.
Antara artis yang nekad untuk melabuhkan tirai bahtera rumah tangga mereka adalah Alif Aziz, Bella Astillah, Nora Danish, Irma Hasmie, Erynne Erynna, Emma Maembong dan yang terbaharu pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura yang menggamatkan dunia seni semalam (7 Oktober 2024)
Sehubungan itu, MH terpanggil untuk mendapatkan sudut pandang rakan artis, bekas pengacara, model hijab yang juga usahawanita tudung berjaya, Ameera Zaini yang mengutarakan pendapatnya tentang isu penceraian antara artis yang boleh diibaratkan bak ‘Cendawan tumbuh selepas hujan’ ini.
Tak Berani Nak Komen Lebih Pasal Isu Penceraian Rakan Artis – Ameera Zaini
Ketika ditemui MH, pada majlis pelancaran butik Ameera Zaini terbaharu yang mengetengahkan konsep ‘Butik Cafe’ di Aeon Mall, Shah Alam di bawah jenama Ameera Zaini. Ini respon yang diberikan Ameera ketika mengulas berkaitan isu penceraian dan musibah perkahwinan yang melanda rakan artis.
Menurut Ameera, dia bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan berhubung isu ini, memandangkan bahtera perkahwinan yang dilayarinya kini masih hijau, apabila meniti tahun kesembilan bersama suami tercinta, Hasnoor Rozaini.
“Okay bercakap pasal masalah rumah tangga ni. Meera rasa setiap orang setiap pasangan setiap individu diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Jadi Meera tak berani nak komen lebih pasal tu,” Katanya.
Ameera Zaini Dedah Kunci ‘Kebahagiaan’ Dalam Perkahwinan
Bagaimanapun, ketika ditanya bagaimanakah dia mengemudi bahtera rumahtangga yang dimiliki agar kekal bertahan hingga ke hari ini, Meera mendedahkan hanya satu tips yang diamalkan dirinya bersama suami.
“Tapi apa yang Meera boleh katakan menurut sudut pandang Mira, apa yang membuatkan my marriage life still bertahan sampai sekarang.
“Walaupun Mira baru je berkahwin selama sembilan tahun, nak kata Meera dah lama berumah tangga pun tidak. Tapi nak kata terlalu baru pun tidak. Tapi apa yang Mira buat sepanjang melayari bahtera perkahwinan adalah sentiasa komunikasi.
“Communication is the key. Kalau you happy you communicate, kalau you tak happy you communicate as well. Kalau you rasa selesa you communicate, dan jika tak selesa you communicate.
“Komunikasi ni memang penting dalam perkahwinan, sentiasa berkomunikasi kalau ada apa-apa jangan pendam. Sebab ini memang tak bagus untuk kesihatan rumah tangga kita sebenarnya,” ujarnya.
Untuk rekod, Ameera Zaini menamatkan zaman bujang pada 20 September 2015. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, rumah tangga pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang putera, Mateen dan Daniel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon, Zahirah MacWilson berkongsi pengalaman bergelar ibu setelah selamat melahirkan anak pertamanya, Isaac Raees pada 8 Januari lalu.
Aktres berusia 26 tahun ini memaklumkan mahu memberikan tumpuan dan keutamaan kepada anak sulungnya itu, buat masa ini.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza ini tetap akan meneruskan kerjaya seni sebagai seorang pelakon apabila waktunya sesuai.
“Sejujurnya sekarang saya dah tak ada masa untuk diri saya sendiri. Kini semuanya hanya fasal anak. Saya rasa itu satu perkara yang normal, lebih-lebih lagi ketika peringkat permulaan sebagai ibu untuk menyesuaikan diri.
“Apapun, saya sangat gembira menikmati momen sebagai ibu dan macam sekarang, saya memang nak beri tumpuan sepenuhnya kepada anak saya pada waktu ini.
“Meski saya kini memberi tumpuan yang lebih kepada anak, saya tetap akan fokus kepada kerjaya seni apa bila semuanya sudah okay nanti,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 27 tahun ini juga telah merancang untuk pulang ke tanah air.
Zahirah berkongsi ceritanya itu menerusi satu sidang media filem Bulan Dan Pria Terhebat yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.
Selain Zahirah, filem tersebut turut dibintangi barisan pelakon hebat lainnya seperti Maya Karin, Zizan Razak, Bell Ngasri, Khir Rahman dan ramai lagi.
Bulan Dan Pria Bintang telah disiarkan secara eksklusif di saluran Astro First bermula 11 Mac lalu.
Untuk rekod, Zahirah telah mendirikan rumah tangga bersama Aiman pada tanggal 20 Februari 2020.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suria FM mempersembahkan drama raya 2025 bertajuk Hayati, sebuah karya pertama stesen radio ini yang meneroka genre psikologi emosional.
Drama berdurasi 40 minit itu mengetengahkan...