Pempengaruh media sosial terkenal yang juga adik kepada usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan dilihat telah memadam semua fotonya di akaun Instagram.
Malah foto di bahagian profil juga turut dibiarkan kosong.
Tindakan gadis berusia 21 tahun itu mengundang spekulasi ramai tentang apa yang sedang berlaku terhadap dirinya.
Netizen tertanya-tanya apa yang terjadi terhadap adik Neelofa itu malah ada yang membuat andaian kemungkinan akaunnya itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Biarpun bukan bergelar seorang selebriti seperti kakaknya, namun Ameera sering kali menjadi perhatian jenama-jenama mewah antarabangsa untuk dijadikan model kempen serta produk mereka.
Kebanyakan hantaran Ameera di Instagram melibatkan kempen-kempen yang dibintanginya untuk jenama seperti Gucci, Dior, Burberry, Versace dan Fendi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.