Jarang berkongsikan foto berdua, penyanyi Datin Alyah ada memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan dirinya bersama suami, Datuk Ramli MS.
Video yang mencuri perhatian ramai itu dikongsikan penyanyi Cintakui ini menerusi platform Instagram.
“Me and my Apek,” tulis Alyah ringkas sambil disusuli dengan pelbagai komen daripada peminat dan rakan selebriti.
Rata-ratanya memberikan usikan manja selain ada yang mendoakan agar jodoh keduanya kekal sampai bila-bila.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 100,000 kali.
Lebih tujuh tahun membina mahligai bersama, pasangan mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013, Alyah.