Pernah bergandingan menerusi filem SH3 arahan Zek Zukry pada tahun 2004, pelakon Fasha Sandha turut berduka cita atas pemergian Ashraf Sinclair, hari ini.

Arwah telah menghembuskan nafas terakhir jam 4:51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.

Fasha turut memuat naik foto Allahyarham sekelurga di Intagram miliknya.

“Hanya Ajal memisahkan mereka. Kesayanganku, mohon ambil masa seketika untuk sedekahkan Al Fatihah buat sahabat kita semua dari seberang yang baru meninggal pagi tadi kerana serangan Jantung.

“Al Fatihah. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Salam Takziah buat BCL dan keluarga,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, Fasha membalas komen seorang invidu apabila dia berasa sedih atas pemergian Ahsraf yang pernah bergandingan dengannya menerusi filem SH3.

IKLAN

“Lately ni yg telah pulang kpd penciptanya pernah betlakon dgn fashakan..ashraf pernah jd hero fasha filem SH3,” komen seorang individu.

“Ramai Yang Baik Pergi Dulu,” – Pernah Digandingkan Dalam Filem, Fasha Sandha Antara Terkesan Berita Pemergian Ashraf Sinclair 

Lantas, pelakon itu telah memberikan respon.

“Ya true. Sedihnya, ramai yang baik2 pergi dulu,” balasnya.

IKLAN

“Ramai Yang Baik Pergi Dulu,” – Pernah Digandingkan Dalam Filem, Fasha Sandha Antara Terkesan Berita Pemergian Ashraf Sinclair 

Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia jam 4:51 pagi tadi pada usia 40 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, 10 tahun.

IKLAN

Terdahulu, filem yang mengisahkan kehidupan pelajar kolej dalam percintaan tiga segi itu turut dibintangi Nasreen Ngasri, Opie Zami dan Fara Fauzana.

“Ramai Yang Baik Pergi Dulu,” – Pernah Digandingkan Dalam Filem, Fasha Sandha Antara Terkesan Berita Pemergian Ashraf Sinclair 

“Ramai Yang Baik Pergi Dulu,” – Pernah Digandingkan Dalam Filem, Fasha Sandha Antara Terkesan Berita Pemergian Ashraf Sinclair 

“Ramai Yang Baik Pergi Dulu,” – Pernah Digandingkan Dalam Filem, Fasha Sandha Antara Terkesan Berita Pemergian Ashraf Sinclair 

“Ramai Yang Baik Pergi Dulu,” – Pernah Digandingkan Dalam Filem, Fasha Sandha Antara Terkesan Berita Pemergian Ashraf Sinclair 

Foto : Instagram Fasha Sandha, Google, Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI