
Primadona, Erra Fazira ada berkongsi perkembangan anaknya, Engku Aleesya menerusi platform Instagram, baru-baru ini.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek turut berkongsi, kebelakangan ini dia kurang berkongsi foto anak tunggalnya itu di media sosial.
“Ramai yg DM.. tanya kenapa lama tak ada gamba Aleesya.. Entah laaahh..
“Skrg ni rajin post kat ig story pulak.. sedar2 dah lamaaaa tak update feed.
“Nahhhh.. kita lanje gamba anakanda .. Cepatnyaaaa dia membesar.. kasut pun dah size 38 skrg.
“Tahun depan dah nak sama size kasut mom dah. Hugs n kisses from both of us..,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Selain itu, peminat turut memberi pujian wajah Aleesya yang kelihatan semakin cantik dan comel.
Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Yusry Abd Halim pada 15 Jun 2003 dan telah berpisah 26 April 2006.
Selepas itu, Erra berkahwin bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.
Bagaimanapun, keduanya berpisah pada 17 Februari 2014.
Foto: Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mulakan Dengan Paksaan, Tiada Cara Lain,” – Neelofa

Isi Kandungan
ToggleTerdahulu, ketika mengambil keputusan untuk tampil berniqab dan berpurdah, penghijrahan bekas pengacara Meletop, Hajah Noor Neelofa Mohd Noor menjadi bualan, sekaligus mengejutkan orang ramai!
Namun, siapa sangka penghijrahan yang sudah menjangkau tahun keempat ini telah membuatkan ramai wanita menjadikan Neelofa sebagai sumber inspirasi dan role-model untuk menutup aurat dan yakin untuk berubah ke arah lebih baik.
Bagaimanapun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, Neelofa akui untuk konsisten dan istiqamah dalam penghijrahan bukanlah satu perkara mudah baginya.
Cara Nak Kekal Istiqamah, Kena Paksa Diri
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Justeru, sewaktu menghadiri program Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, Neelofa telah berkongsi tip kekal istiqamah kepada para peminatnya yang mahu berubah kearah lebih baik.
Antara pendekatan yang dilakukan ibu kepada Muhamad Bilal, untuk kekal istiqamah adalah dengan ‘berubah secara paksaan’. Menurut Neelofa, teknik ini adalah yang termudah untuk diamalkan.
“Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah? Mulakan dengan paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contoh kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.
“Kena paksa buka al-Quran, kena paksa baca tafsir. Malasnya nak baca al-Quran, boleh baca tafsir dalam hati. Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa!
“Nak berzikir pun kalau dulu boleh berzikir 100, 1000 kali tu sekejap saja. Sekarang satu pun tak ada. Jadi, kena cari tasbih, kena ada usaha itu.
“Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali, sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung. Kita minta doa-doa untuk kita pakai tudung,” katanya.
Sokongan Dari Keluarga dan ‘Circle’ Terdekat Penting!
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Selain itu, Neelofa menegaskan, sokongan keluarga dan orang sekeliling yang rapat dengan kita juga memainkan peranan yang penting baginya untuk kekal istiqamah.
“Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna itu is another story. Saya bukan la orang yang tepat nak bagitahu, tapi kalau sekadar pengalaman itulah.
“Maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya itu tapi yang banyak membantu juga adalah teman-teman dan pasangan,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umum Potongan 30% Harga Tiket, Konsert Aina Abdul Dinaik Taraf! Peminat Duduk Sepenuhnya & Tiada Yang Berdiri!

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Aina berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan keselesaan dan suasana eksklusif untuk para peminat.
“Konsep ini lebih dekat dengan jiwa saya selain mahu peminat benar-benar mendengar, merasai dan menghayati setiap lagu yang dibawakan.
“Saya berharap dengan perubahan yang dibuat menambah keterujaan kepada peminat serta penonton untuk menyaksikan persembahan demi persembahan yang bakal ditampilkan,” katanya.
Dalam masa sama, Aina turut mengumumkan potongan eksklusif sebanyak 30 peratus untuk tiket di semua kategori bagi memberikan peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan persembahannya.
Tawaran itu termasuk untuk dua lokasi lain yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember ini dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari depan.
“Saya berharap tawaran ini akan membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan setiap detik persembahan saya,” katanya.
Bagi lokasi di Zepp KL harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.
Untuk harga tiket di UMS dan UUM pula bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Tiket boleh dibeli di laman rasmi di ticket2u.com.my atau membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Belum Bersedia Dikecam Sekali Lagi,” – Syeera Aziz Tak Rela Buat Gimik Bukan-Bukan, Pilih Tik Tok

Pembabitannya dalam bidang seni bermula selepas menyertai program realiti Mentor Milenia musim kedua yang disiarkan di TV3 pada 2017. Ketika itu, Syeera Aziz terpilih menjadi protege kepada penyanyi Black Hanifah.
Selama beberapa minggu berjuang dalam program itu, Syeera Aziz, 24, atau nama sebenarnya Nur Syaheera Abd Aziz berjaya mara ke peringkat akhir dan berada di tempat keempat.
Bagi Syeera, biarpun tidak bergelar juara itu bukan titik noktah kepada minat nyanyiannya sebaliknya menjadi langkah untuk terus mengorak langkah sekaligus mengembangkan bakat dimiliki.
Tuah buatnya apabila dia merakamkan single sulung berjudul Redhakanlah pada 2018 yang turut menjadi antara lagu tema drama 100 episod, ‘Cinta Tiada Ganti’ yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Tidak hanya menyanyi, Syeera juga mula berjinak jinak dalam bidang lakonan. Baginya, seni itu tidak terbatas pada satu bidang semata-mata.
“Saya memang dari kecil suka menyanyi. Tapi nak ikutkan zaman sekarang ini setakat menyanyi saja susah. Jadi apa salahnya mencuba dalam bidang lakonan juga. Mungkin selepas ini mengacara pula.
“Seni ini berlandaskan bakat. Jadi apa saja boleh buat. Memandangkan saya masih baru, jadi tiada masalah untuk bahagikan masa antara kerjaya nyanyian dan lakonan. Insya-Allah mana tahu selepas ini ada peluang untuk mengembangkan lagi bidang seni yang diceburi. Kalau boleh memang nak sibuk,” katanya.
Terbaharu, Syeera muncul dengan single Panggil Sayang. Single kedua terbitan Nova Music ini mengetengahkan genre pop.
Menurut Syeera, lagu ciptaan Shazee Ishak dan Audi Mok serta lirik oleh Shazee Ishak, Audi Mok dan penerbit drama itu, Arisz Ab Rahman disifatkan ‘fresh’.
“Kelebihan yang ada pada lagu ini adalah ia sebuah lagu yang segar, lirik dan melodi yang senang untuk pendengar ingat dan ‘sing-along’. Lirik pula yang boleh dikaitkan dengan ramai pendengar.
“Dalam masa sama, lagu ini sangat kena dan sesuai dengan trend lagu masa kini yang boleh digunakan untuk kandungan media sosial. Jadi, bagi saya ia sebuah karya yang menarik,” katanya.
Menyedari ‘trend’ industri hiburan tanahair yang mana kebanyakannya lebih gemar menggunakan pendekatan gimik agar sesebuah produk, karya atau naskah itu menjadi tular dan diperkatakan ramai, berbeza dengan Syeera.
Pengalaman dihina, dikutuk, menjadi mangsa sindir badan atau ‘body shaming’ membuatkan dirinya selesa untuk tidak menggunakan cara gimik.
“Sebelum ini tak terfikir nak buat ‘marketing’ macam itu baik dari segi gimik bukan-bukan atau apa saja. Malah, saya juga tak tahu jika perkara itu boleh menaikkan lagu kita. Tapi sekarang bukanlah saya nak buat macam itu.
“Saya selesa menjadikan platform TikTok sebagai medium untuk mempromosikan lagu ini. Sebab itu saya pilih genre lagu ini. Saya belum bersedia untuk dikecam sekali lagi.
“Pengalaman sebelum ini sangat teruk sehingga menganggu emosi. Kecaman diterima hanya kerana saya sedikit berisi adalah sangat keterlaluan.
“Jadi saya fikir untuk sekarang ini tak perlu nak ulang lagi. Saya takut kalau buat gimik bukan-bukan, lebih teruk saya kena. Memang kita tak boleh nak halang apa orang cakap, tapi selagi kita boleh kawal tindakan kita, saya cuba. Tapi, jika gimik yang nak dibuat itu saya boleh terima, saya okay saja,” katanya.
Apa yang pasti, Syeera menaruh harapan besar agar single keduanya ini dapat diterima baik pendengar sekaligus boleh menjadi siulan dan tular.
“Harapan saya terhadap lagu ini semoga dapat menghiburkan pendengar walaupun lirik lagu mengisahkan kehidupan seseorang yang sentiasa berseorangan atau ‘single’.
Namun, terdapat juga motivasi yang ingin disampaikan dan melodi lagu yang boleh mengubah ‘mood’ kesunyian seseorang untuk sentiasa berfikiran positif dan ‘happy’.
“Saya juga berharap lagu ini dapat diterima baik peminat sekaligus boleh dimainkan di stesen radio tempatan. Jauh di sudut hati juga saya mahu single kedua ini berjaya seperti kebanyakan lagu penyanyi sedia ada. Apa pun, saya tetap percaya pada rezeki Allah SWT,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI