Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru sahaja mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua mengharapkan agar semua pihak mendoakan kehamilannya berada dalam keadaan baik.
Usia kandungan kedua figura terkenal itu sudah pun mencecah lebih empat bulan.
Berkongsi mengenai perkara tersebut pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya hari ini, Siti mengakui berserah kepada Allah SWT dan berita kehamilan ini menjadi satu perkara yang cukup menggembirakan.
“Untuk kehamilan kedua saya berserah kepada Allah SWT. Saya melalui prosedur yang sama seperti sebelum ini iaitu rawatan kesuburan in-vitro IVF dan ketika itu perasaannya seperti ’50-50′.
“Kadang-kadang ada ketikanya kita pernah melalui kegagalan suatu ketika dahulu dan kelahiran Siti Aafiyah itu adalah satu rezeki yang indah Allah kurniakan pada saya.
“Untuk kali ini, saya tertanya-tanya sama ada Dia kurniakan lagi atau pun tidak.
Ads
“Alhamduluillah Dia kurniakan lagi rezeki kepada saya dan bersyukur apabila mendapat tahu ia (hamil) positif. Hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaan saya pada ketika itu.
“Jadi apabila melakukan proses IVF sejak awal, saya sudah merancang untuk berehat, lebih-lebih lagu dengan keadaan pandemik, saya tidak kemana-mana. Sebaliknya hanya jaga kandungan.
“Setakat ini saya bersyukur kerana tidak ada masalah. Ketika awal kehamilan pertama dulu saya pernah alami pendarahan dan setakat ini alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
“Cuma doakanlah agar sampai akhir bersalin saya diberikan kesihatan serta kekuatan, insya-Allah,” pintanya.
Ads
Sementara itu, Siti turut berkongsi pengalaman saat berbadan dua dalam situasi negara berdepan pandemik Covid-19 ketika ini.
“Sebetulnya saya rancang untuk lakukan IVF lebih awal, bagaimanapun pandemik Covid-19 yang berlaku menyebabkan saya lewatkan sedikit proses tersebut.
“Jadi apabila situasi sudah reda sedikit suatu ketika dulu, saya teruskan.
Ads
“Memang sekarang saya sangat berjaga-jaga. Tidak keluar kemana-mana kecuali untuk hal yang sangat memerlukan.
“Saya kena menjawab jugalah ramai yang berteka-teki, ramai yang sudah nampak saya dekat luar tu dengan ‘membawa perut’ memang sudah tahulah.
“Cuma mereka menunggu daripada mulut saya sahaja. Alhamdulillah harapnya semua pertanyaan itu sudah pun dijawab,” katanya lagi.
Kira-kira tiga tahun lalu, Siti mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, atau dikenali sebagai Datuk K.
Berita tersebut nyata menjadi perkhabaran paling indah buat pasangan tersebut selepas mengalami keguguran sekitar November 2015.
Siti selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia lebih dua tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih belum langsai isu melibatkan rumah tangga Sharnaaz Ahmad, pelakon ini ada meluahkan rasa apabila hanya dibenarkan melawat anak, Jebat Jayden Ahmad seperti yang diminta pihak isteri, Noor Nabila.
Tegasnya, meski tidak mampu mengubah nasib dalam perkahwinan, namun dia akan berjuang bagi mempertahankan hak sebagai bapa.
“Things i cant change in the pass is my marriage , but things i sure can is you my boy.. im just a visitor as they wish, but i will fight, till my last breath.
“I got your back my son.. tak sebesar zarah mereka itu penting antara kita berdua. Dont forget me boy @jebatjayden,” tulisnya.
Perkongsian ini turut mengundang rasa sayu netizen dan rata-rata mendoakan yang terbaik buat Sharnaaz sekeluarga.
Untuk rekod, Sharnaaz, 34 dan Nabila, 35 mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden pada 30 Ogos tahun lalu.
Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Burn akui berang dengan tindakan pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang didakwa melontarkan komen berbaur perkauman di media sosial berhubung konsert AR Rahman di Stadium Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Menurut Burn atau nama sebenarnya Rueben Thevandran Ramanath, sebagai pesonaliti televisyen bagi saluran sukan, Astro Arena, tindakan tersebut sememangnya mengguris hati banyak pihak termasuk dirinya sendiri.
Serius beb! Aku malu kenal dan pernah interview kau! ntah ntah dlm hati benda sama kau pikir masa duduk depan aku!! 😔🤦🏾 Kalau dah ‘racist’ mintak maaf 10,000 kali pun tak tentu tetiba kau benti jadi racist!! mentaliti takkan ubah hanya kerana ditegur semata mata! #rembatrasismepic.twitter.com/H1Vmf5m7D4
“Serius beb! Aku malu kenal dan pernah interview kau. Entah-entah dalam hati benda sama kau pikir masa duduk depan aku,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama itu menerusi sebuah ciapan di akaun Twitter miliknya.
Katanya lagi, permohonan maaf juga seakan tiada makna sekiranya mentaliti seseorang itu terhadap kaum lain tidak diubah.
“Kalau dah ‘racist’ mintak maaf 10,000 kali pun tak tentu tetiba kau berhenti jadi racist. Mentaliti takkan ubah hanya kerana ditegur semata-mata,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Terdahulu, Hanis didakwa secara berseloroh telah menegur mengenai ‘bau’ persekitan di Bukit Jalil sewaktu konsert AR Rahman sedang berlangsung.
Menyedari komennya itu telah mengguris hati banyak pihak, Hanis telah pun membuat permohonan maaf menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyiasat komen berbaur perkauman yang dimuat naik pemain itu berhubung konsert AR Rahman di Stadium Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berkenaan perkara itu selain sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk tindakan selanjutnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro, Twitter & Instagram Burn AF & Instagram Hoki Kita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski pernah berkongsi sebelum ini mengenai masalah gangguan bipolar yang dihadapi dan sekaligus memaklumkan tahap kesihatannya, namun Janna Nick berkongsi dia tak terlepas menjadi mangsa buli siber.
Dia didakwa sebagai individu yang mempunyai penyakit mental.
Perkara tersebut didedahkan Janna menerusi Insta Stories yang memuat naik tangkap layar komen pengguna Instagram mengenai hal berkaitan.
“Janna Nick orang sakit mental. Buuuu,” tulis individu terbabit.
Janna turut memberikan reaksi ‘okay’ pada komen tersebut dan mengulas mengenai hal itu secara terperinci.
“KENYATAAN SEKARANG. JADI ARTIS JE TAK BOLEH CAKAP BENDA YANG SALAH. JADI NETIZEN SEMUA BENDA LA BOLEH CAKAP. SEMUA BENDA LA BOLEH ULAS.
“KITA NI TAK PAYAH ADA PERASAAN. YE LAH, DAH JADI PUBLIC FIGURE KAN TERIMA JE LA APA KRITIKAN ORANG…,” tulisnya.
Menerusi beberapa status lain, Janna yang turut menerima beberapa pendapat dari para pengikutnya menerusi Ask Me Question dan turut memberikan reaksi terhadap pendapat yang diberikan peminat.
“Tak payah nak bangga sangat dapat jadi pembuli siber terhebat. Saya tak faham apa kejayaan anda dapat kecam orang. Adakah anda rasa puas dapat komen benda yang negatif. Sangat pelik,” katanya.
Janna pada masa sama turut pelik kerana ada yang sanggup menulis komen buruk semata-mata yang seterusnya turut mencerminkan diri sebenar seseorang itu.
“Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana boleh ada manusia yang pergi ke akaun orang semata-mata nak komen benda yang teruk dan menyakitkan hati.
“Saya pun pengguna media sosial juga tapi tiadalah pergi tengok benda yang kita sendiri tak suka dan komen.
“Benda ini sangat serius kerana boleh mencerminkan hati anda. Saya pun tidaklah baik, tapi kalau benda yang saya suka saya akan komen positif.
“Namun kalau saya tak suka, saya pilih untuk diam. Tidaklah gigih nak muat naik hantaran atau nak kutuk orang,” katanya.
“Sebab itu saya beritahu semua saya ada masalah gangguan bipolar. Bukan sebab nak perhatian anda, tapi sebab nak beritahu.
“Orang yang nampak gembira dan ceria pun boleh ada gangguan mental. Bukan orang pakai baju compang-camping je mental dan gangguan mental tak semestinya gila,” katanya lagi.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani dan pembantunya, IM, kini berdepan lanjutan tahanan selama 40 hari bermula 24 Mac hingga 2 Mei, susulan siasatan kes...