Pemenang kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Zizi Kirana mengakui ada yang bertanya mengenai tema persembahannya yang dilihat ada menyuntik elemen Jawa, Ahad lalu.

Lalu, penyanyi berusia 36 tahun ini ada memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut di Insta Story.

Penyanyi kelahiran Sabah ini mendedahkan, elemen tersebut diterapkan dalam persembahan lagu Eh kerana asal usul keluarganya.

“Ramai Yang Tanya, Kenapa Saya Bawa Elemen Jawa, Kenapa Tak Melayu Je? Kan Orang Malaysia?,” – Ini Jawab Balas Zizi Kirana “Ramai Yang Tanya, Kenapa Saya Bawa Elemen Jawa, Kenapa Tak Melayu Je? Kan Orang Malaysia?,” – Ini Jawab Balas Zizi Kirana

Ads

“Ramai juga yang tanya, kenapa saya bawak elemen jawa, kenapa tak melayu je? kan org Malaysia? Sebenarnya saya cuba untuk gabungkan asal usul keluarga saya.

“Atuk saya, Ayah kepada Mak saya, memang asli dari Sumatera, Indonesia, kemudian bertemu dengan nenek saya di Sabah Malaysia, mereka pun Bercinta, Kawin.

“Ada Anak dan skg ada cucu iaitu saya dan ramai lagi! Begituhh! Pastu? Kenapa saya pilih Nyai Roro Kidul, sebab dia sosok yang sgt powerful, pintar, lemah lembut, cantik dan misteri,” tulisnya.

Ads

Dia juga memaklumkan, hasratnya juga tercapai namun diterapkan imej hip hop yang sinonim dengan dirinya.

“Plus, saya memang berangan nak jadi macam dia..so malam kemuncak AJL 35 tu, tercapailah hasrat saya nak jadi macam Nyai Roro Kidul, tapi versi hiphop. Sekian,” tulisnya lagi.

Ads

“Ramai Yang Tanya, Kenapa Saya Bawa Elemen Jawa, Kenapa Tak Melayu Je? Kan Orang Malaysia?,” – Ini Jawab Balas Zizi Kirana “Ramai Yang Tanya, Kenapa Saya Bawa Elemen Jawa, Kenapa Tak Melayu Je? Kan Orang Malaysia?,” – Ini Jawab Balas Zizi Kirana “Ramai Yang Tanya, Kenapa Saya Bawa Elemen Jawa, Kenapa Tak Melayu Je? Kan Orang Malaysia?,” – Ini Jawab Balas Zizi Kirana

Lagu Eh adalah lagu hasil ciptaan Zizi dan Altimet (Mambang) manakala komposernya pula ialah Navigator.

Foto: Instagram Zizi Kirana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI