Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasang Niat Murni, Pak Nil Berhasrat Untuk Taja Pemberian Vaksin Covid-19 Kepada…
Seperti sedia maklum, pihak kerajaan kini dalam proses untuk mendapatkan serta melakukan pemberian suntikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun difahamkan, pemberian vaksin tersebut hanya akan diberikan secara berperingkat meski tiada kadar bayaran bakal dikenakan.
Lalu, pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi yang lebih sinonim dengan panggilan Pak Nil ingin mengambil insiatif tersendiri, iaitu mahu menaja suntikan vaksin kepada golongan memerlukan. .
“Salam Semua, katanya proses suntikan vaksin percuma adalah berperingkat2. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan frontliners dahulu.
“Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran. Mungkin 5-10bulan akan datang.
“Namun begitu, mungkin ada juga peluang utk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran.
“Paknil ingat Paknil nak ambik yang berbayar. Ada sesiapa yg nak join Paknil? Paknil sponsorlah…Tp taklah ramai sbb harga pun xtau lagi,” tulisnya.
Hasil tinjauan MH, rata-rata netizen memberi pujian terhadap sikap murni Pak Nil kepada orang ramai. Malah, ada yang turut menyatakan kesediaan untuk mendapatkan tajaan vaksin berkenaan.
Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sesiapa Yang Tidak Merasai Kepentingannya, Maka Dia Perlu Menilai Imannya,” – Fedtri Yahya
Komposer dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya ada menitipkan kata nasihat kepada seluruh umat Islam agar sentiasa muhasabah diri apabila berbicara mengenai isu Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin.
Sebagai umat yang beragama Islam, pengacara Malaysia Hari Ini memberitahu untuk terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada diceroboh serta ditindas oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, pengacara berusia 39 tahun ini menjelaskan, Masjid Al-Aqsa memiliki kedudukan yang istimewa dalam Al-Quran dan ia harus dilindungi oleh seluruh umat Islam.
“Masjidil Aqsa memiliki kedudukan yang istimewa dalam Al-Quran dan juga hati setiap Muslim.
“Isu yang melibatkan Al-Aqsa adalah isu akidah bagi seorang Muslim dan kemanusian adalah sebahagian daripadanya.
“Sesiapa yang tidak merasai kepentingannya maka dia perlu menilai imannya,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian Fedtri tersebut.
Foto: Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kemerduan Itu Tidak Ada, Harmoni pun… Ia Agak Bersepah,” – Kool Tersingkir, Tok Ram Perjelas Puncanya
Datuk Ramli Ms selaku ketua juri program Gegar Vaganza menyifatkan kekurangan dari segi keharmonian suara di antara dua anggota KOOL, Hairi dan Riot menjadi penyebab duo itu diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu keempat konsert.
Ramli berkata demikian sebagai mengulas secara terperinci mengenai penyingkiran kumpulan berkenaan dari terus memberikan saingan menerusi program realiti yang sudah memasuki edisi keenam itu.
“Melodi lagu itu sangat senang dan nada suara, kemerduan itu tidak ada dan bila harmoni pun, ia agak bersepah.
“KOOL sendiri tidak mengumpul markah yang cukup untuk berada dalam kelompok ke minggu hadapan. Bukan berpunca dari pasangan duetnya, Farawahida.
“Saya tidak boleh berikan markah yang banyak kepada penyanyi undangan kerana kehadiran mereka ada untuk menyokong persembahan bersama peserta,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Hairi dan Riot ketika ditemui sejurus selesai konsert mengakui rasa terkilan apabila KOOL diumumkan sebagai peserta yang mengumpul markah terendah minggu ini.
Sekali gus, ia mengekang perjalanan mereka untuk terus memberikan saingan pada minggu seterusnya.
“Sudah tentu rasa kecewa dan terkilan apabila diumumkan tersingkir dari sebuah pertandingan.
“Apa pun, kami sudah berikan yang terbaik. Kemungkinan lagu dibawa kurang ‘power’.
“Pada awalnya kami memilih dua buah lagu lain iaitu Senja Nan Merah dan Ku Miliki Bayangmu, bagaimanapun ia tidak dapat direalisasikan atas hal tertentu
“Dua lagu pilihan tak dapat nak nyanyikan. Jadi kita terpaksa akur dengan keputusan yang diberikan GV, kita akurlah,” akui mereka.
Dalam perkembangan lain, KOOL merancang untuk melancarkan single lama yang diberi suntikan baru khusus buat peminat.
“Sebelum sertai GV, kami sudah ada perancangan bersama Zizi Kirana, rakam kembali lagu lama KOOL.
“Single tersebut berjudul Ingat yang diberi nafas segar dengan muzik dan vokal baru serta diselitkan dengan rap,” jelas Hairi.
Terdahulu, KOOL yang mempersembahkan lagu Siapa Dia Sebelum Daku nyanyian asal Roy dan Francissca Peter bersama Farawahida mengumpul markah paling rendah iaitu sebanyak 49 peratus.
GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI