“Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar, Bertudung Tak Bererti Suci…,” – Michael Ang Selar Netizen, Beri Reaksi Isu Penampilan Anak Aeril Zafrel Ke Sekolah

Share

Selepas pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal dikritik sesetengah netizen gara-gara menghantar anak lelakinya ke hari pertama persekolahan yang didakwa berambut panjang dan kelihatan selekeh, pengarah Michael Ang tampil memberikan reaksi.

Respon berkenaan dibuatnya menerusi salah satu entri terkini di Instagram.

“Salam semua! Tak fhm aku dgn mulut2 org sekarang. Apoooooo! Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak ber erti suci dari Segala dosa, berpakaian ala kadar tak ber erti tak menghormat org, yg bersolat 5 kali sehari tak ber erti tak ada dosa!

“So Kau org pikir pikir kan dulu sebelum komen yg bukan2 berdasarkan 1 gambar! Aiyoh!!!! Hurghhhhhh! Salam Jumaat semua! Luv u all!,” tulisnya.

Lalu, perkongsian Micheal mendapat reaksi pelbagai pengguna media sosial lainnya.

Terdahulu menerusi ciapan Twitter, Aeril ada memberikan reaksi terhadap segelintir komen yang mengkritik penampilan anak lelakinya itu.

“Iyalah yang akhlak baik dan masuk syurga semua tu kan rambut pendek je,” tulis Aeril pada satu posting lain.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.

Foto: Instagram Michael Ang, Twitter Aeril Zafrel

Published by
MH