Pelakon, Ozlynn Wati akhirnya mendedahkan wajah terkini anak bongsunya, Nur Latifah Cherdiq Hanania yang kini telah pun memasuki usia dua bulan.
Foto tersebut dikongsikan sendiri oleh Ozlynn menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
“Assalammualaikum. Nama sya Cherdiq. Hari ini saya berumur 2 bulan 6 hari. Saya dah mula pandai hisap jari masa usia sebulan. Mama kena potong kuku saya setiap minggu sebab risau saya luka.
“Ye rambut saya lebat kening saya kaler brown. Mama panggil saya shin chan. Saya tak suka tapi kena buat-buat suka sebab nak mama happy. Saya suka tidur atas dada papa. Mungkin sebab papa ada contract dengan tilam Vono sebab empuk sangat dada dan perut papa.
“Saya dah pandai berbual. Susu tek fav saya tapi kalau mama penat papa suap tek papa. Eh Bukan! Bukan! Bukan! Papa suap botol bagi susu tek mama. haaa baru betul.
“Okay la saya nak sambungg tek. Bye-bye semua. Nanti saya pujuk papa saya supaya bagi tengok muka penuh saya okay,” tulisnya.
Menerusi foto yang dikongsikan itu, rambut Cherdiq dilihat amat lebat dan katanya menggemari tabiat menhisap jari.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 60,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen.
Rata-rara netizen dan rakan artis memuji wajah comel Cherdiq selain turut mendoakan semoga dia membesar dalam keadaan yang baik serta menjadi penyejuk hati ibu dan ayah.
“Muka cam Abang Sodiq la. Comelnya.
“Alhamdulillah comel sangat ni. Geng Sodiq, seiras.
“MasyaAllah. Cantiknya dan comelnya. Semoga membesar dengan baik ya.
“Kelakar la caption pun. Membesar dengan baik ye Cherdiq,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Ozlyn telah selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu.
Sekadar informasi, Ozlyn dan suaminya yang juga merupakan pelawak, Johan Raja Lawak telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.
Sumber: Instagram Ozlynn Wati