Pelakon Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video vlog buat pertama kali.
Menerusi vlog sulungnya itu, aktres berkenaan tampil mengulas mengenai produk rambut bagi membaiki rambutnya mengalami keguguran dan ‘kejung’.
Menerusi video berkenaan, Ruhainies memberitahu dia akan mencuba produk baharu khusus bagi rambut dan akan memberikan ulasan sekiranya produk tersebut berkesan.
“Ini adalah kali pertama saya buat vlog, jadi saya nak cerita sedikitlah mengenai isu haritu.
To be honest, rambut saya gugur teruk haritu lepastu kejung dan tak sihat.“Kalau korang ingat, saya ada share dekat IG Story, saya minta orang bagi cadangan produk yang bagus sebab saya sangat nak cuba. As you can see, sudah boleh nampak kulit kepala,” katanya.
Ruhainies bagaimanapun mengakui menerima banyak respon daripada pertanyaan terbabit daripada warganet.
“Jadi sudah tentulah saya risau. Namun saya terima banyak cadangan daripada produk tempatan hinggalah antarabangsa sampai keliru produk apa yang saya nak cuba.
“Saya dah decide nak cuba produk ini, iaitu adik saya punya. Dia yang beli dan saya tengok dia pakai secara konsisten setiap malam. Setakat ini saya boleh lihat perubahannya.
“Kalau produk ini menjadi saya akan share journey dekat korang,” katanya sambil menunjuukkan produk yang berkaitan.
Meninjau ke ruangan komen, ada warganet memberikan emoji ‘love’ dan memintanya untuk memberikan ulasan sejurus menggunakannya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini